Sesi Perkongsian Naratif Watan Sempena Minggu Apresiasi Watan

YBhg. Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan, Pro Naib Canselor (Strategi dan Pembangunan Korporat) UKM diberi kesempatan unutk membuat sesi perkongsian NARATIF WATAN sempena Minggu Apresiasi Watan pada 1 Oktober 2023 di DECTAR UKM. YBhg. Dato’ telah memperkenalkan konsep TERAS UKM dan Naratif Kemaraan Watan kepada semua Pewaris Watan Sesi 2023/2024.

Sebelumnya, Mantan Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Haji Noor Hisham Abdullah dan YBrs. John Sebastian Tunggolou, Pegawai Khas kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menyampaikan sesi perkongsian Bersama Alumni Tersohor.

Sesi ini turut disertai secara atas talian oleh pelajar baharu dari Kolej Tun Syed Nasir, Kuala Lumpur dan Kolej Tun Dr Ismail, Cheras.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md. Jamil; Pro Naib Canselor, Kampus Kuala Lumpur, Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid; Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar, Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman; Para Dekan Fakulti, Pengarah Institut, Pusat Perkhidmatan serta Pengetua Kolej Kediaman dan Pengurusan Pusat Strategi diwakili oleh Prof Madya Dr. Azmul Kamaruzzaman dan Encik Barudin Bin Baharin.

Similar Posts