Strategi 4P bagi menjayakan Ekonomi MADANI

Pada 13 Ogos 2023, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi telah dijemput ke program Naratif Khas bertajuk Ekonomi Madani: Pendidikan Tinggi anjuran RTM. Dalam program ini YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin telah berkongsi pandangan mengenai Ekonomi MADANI dalam konteks Pendidikan Tinggi.

Dalam menyokong kerangka besar Ekonomi MADANI, KPT telah memperkenalkan Strategi 4P bagi menjayakan Ekonomi MADANI:

1. Penyediaan Bakat
2. Penyelidikan dan Inovasi
3. Pemindahan dan Perkongsian Ilmu
4. Pengantarabangsaan

Strategi 4P yang diperkenalkan oleh KPT ini selari dengan Nilai T.E.R.A.S Naratif Baharu UKM yang dibawa oleh UKM.