Diploma Eksekutif (Pengurusan Kebersihan Dan Keselamatan Makanan)

Duration

5 years (Max)
2 years (Min)

study mode

Coursework

fees

RM 18,500 (Local)
RM 31,330 (International)

campus

UKM Bangi

Introduction

Program ini dicadangkan dengan hasrat untuk menyokong falsafah pembelajaran sepanjang hayat di mana program ini yang distruktur secara eksekutif akan memberi peluang kepada mereka yang tidak mendapat tempat di arus utama untuk mendapatkan diploma. Tambahan lagi, graduan program ini akan memainkan peranan yang penting dalam aspek Sekuriti Makanan (Food Security) untuk negara Malaysia dengan memastikan kebersihan dan keselamatan makanan negara akan terjamin. Menyokong usaha kerajaan untuk mempertingkatkan peluang dan peluasan peluang kerjaya pekerja daripada sektor industri makanan sebagaimana digariskan di dalam Teras 6; Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat, Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara (PSPTN).

No.Program Advantages
1.Menyokong usaha kerajaan untuk mempertingkatkan peluang dan peluasan peluang kerjaya pekerja daripada sektor industri makanan sebagaimana digariskan di dalam Teras 6; Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat, Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara (PSPTN).
2.Permintaan semasa terhadap graduan program oleh industri makanan serta agensi kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan MARDI.
3.Menghasilkan graduan untuk memenuhi matlamat Dasar Agro-Makanan Negara (2021-2030)(DAN2.0) iaitu menambahbaik sekuriti dan nutrisi makanan rakyat Malaysia.
4.Menghasilkan graduan yang memenuhi keperluan Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983.