Jabatan Surgeri Fakulti Perubatan

 Universiti Kebangsaan Malaysia

PROGRAM DOKTOR PAKAR SURGERI PEDIATRIK

PENGENALAN PROGRAM

Jabatan Pembedahan Kanak-kanak Universiti Kebangsaan Malaysia mempunyai komitmen tinggi dalam penjagaan dan perawatan pesakit kanak-kanak secara menyeluruh dan menyediakan latihan kepakaran terbaik untuk pakar-pakar bedah kanak-kanak serta aktif dalam penyelidikan klinikal. 

UKM menawarkan Program Kepakaran Surgeri Pediatrik bagi melahirkan doktor pakar bedah kanak-kanak secara komprehensif dan menyeluruh. Secara kesimpulannya, tempoh keseluruhan pengajian program kepakaran adalah 4 tahun; dan boleh mencapai tempoh maksima sehingga 7 tahun. 

Hasil objektif pembelajaran program ialah:

a) Graduan akan memahami dan mendalami prinsip surgeri untuk kanak-kanak dan bayi.
b) Graduan mengenalpasti kes mana yang dapat dilakukan sendiri dan yang mana perlu dirujuk kepada pihak yang lebih berkelayakan.
c) Graduan memahami akan risiko-risiko penyebab kepada penyakit dan berupaya merawat dan mencegahnya.
d) Graduan bersikap profesional sentiasa dalam merawat pesakit. Mengikut etika kerja yang betul, menghormati rakan sejawat dan ahli dalam pasukan.
e) Graduan mengamalkan audit pencapaian diri sendiri juga audit pencapaian pasukan untuk memastikan kualiti kerja yang bermutu sentiasa dicapai.

Ringkasan perincian jadual program:

Tahun 1: 6 Bulan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM)/Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) dan 6 Bulan di Hospital Tuanku Azizah (HTA) KL
Tahun 2: 6 Bulan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), 4 Bulan di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diiktiraf atau di HCTM/HPKK dan 2 bulan rotasi PICU and NICU di mana-mana Hospital yang diiktiraf.
Tahun 3: 1 tahun di Hospital KKM yang diiktiraf
Tahun 4: 6 bulan di Hospital KKM yang diiktiraf/HTA dan 6 bulan di HCTM/HPKK.

JAWATANKUASA PROGRAM

Penyelaras

Ms. (Dr.) Marjmin Osman

Penolong Penyelaras

Ms. (Dr.) Azrina Syarizad Kuthubul Zaman

Urusetia :

Puan Siti Noraini Tukimin

Cik Nurul Safiah Fadzil

PENDAFTARAN PROGRAM

Untuk maklumat pendaftaran program, sila layari pautan laman sesawang https://join.ukm.my/

Pendaftaran program juga boleh melalui Hadiah Latihan Persekutuan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Sila layari pautan laman sesawang http://ehlp.moh.gov.my/

GARIS PANDUAN PERMOHONAN

AKTIVITI PROGRAM

Hubungi kami

Jabatan Surgeri, Tingkat 8, Blok Klinikal,
Hospital Canselor Tuanku Muhriz
Pusat Perubatan UKM
Jalan Ya’acob Latif, Bdr Tun Razak,
56000 Cheras, Kuala Lumpur.

(Pejabat) +603-9145 9374/6202/8240
(Faksimili) +603-9145 6684