PROGRAM DOKTOR PAKAR SURGERI PEDIATRIK
PENGENALAN PROGRAM
Jabatan Pembedahan Kanak-kanak Universiti Kebangsaan Malaysia mempunyai komitmen tinggi dalam penjagaan dan perawatan pesakit kanak-kanak secara menyeluruh dan menyediakan latihan kepakaran terbaik untuk pakar-pakar bedah kanak-kanak serta aktif dalam penyelidikan klinikal.
UKM menawarkan Program Kepakaran Surgeri Pediatrik bagi melahirkan doktor pakar bedah kanak-kanak secara komprehensif dan menyeluruh. Secara kesimpulannya, tempoh keseluruhan pengajian program kepakaran adalah 4 tahun; dan boleh mencapai tempoh maksima sehingga 7 tahun.
Hasil objektif pembelajaran program ialah:
a) Graduan akan memahami dan mendalami prinsip surgeri untuk kanak-kanak dan bayi.
b) Graduan mengenalpasti kes mana yang dapat dilakukan sendiri dan yang mana perlu dirujuk kepada pihak yang lebih berkelayakan.
c) Graduan memahami akan risiko-risiko penyebab kepada penyakit dan berupaya merawat dan mencegahnya.
d) Graduan bersikap profesional sentiasa dalam merawat pesakit. Mengikut etika kerja yang betul, menghormati rakan sejawat dan ahli dalam pasukan.
e) Graduan mengamalkan audit pencapaian diri sendiri juga audit pencapaian pasukan untuk memastikan kualiti kerja yang bermutu sentiasa dicapai.
Ringkasan perincian jadual program:
Tahun 1: 6 Bulan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM)/Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) dan 6 Bulan di Hospital Tuanku Azizah (HTA) KL
Tahun 2: 6 Bulan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), 4 Bulan di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diiktiraf atau di HCTM/HPKK dan 2 bulan rotasi PICU and NICU di mana-mana Hospital yang diiktiraf.
Tahun 3: 1 tahun di Hospital KKM yang diiktiraf
Tahun 4: 6 bulan di Hospital KKM yang diiktiraf/HTA dan 6 bulan di HCTM/HPKK.
JAWATANKUASA PROGRAM
Penyelaras
Ms. (Dr.) Marjmin Osman
Penolong Penyelaras
Ms. (Dr.) Azrina Syarizad Kuthubul Zaman
Urusetia :
Puan Siti Noraini Tukimin
Cik Nurul Safiah Fadzil
PENDAFTARAN PROGRAM
Untuk maklumat pendaftaran program, sila layari pautan laman sesawang https://join.ukm.my/
Pendaftaran program juga boleh melalui Hadiah Latihan Persekutuan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Sila layari pautan laman sesawang http://ehlp.moh.gov.my/
GARIS PANDUAN PERMOHONAN
AKTIVITI PROGRAM
1) Menjalankan minimum satu aktiviti penyelidikan berkualiti dan diluluskan oleh Jawatankuasa Etika Universiti.
2) Pembentangan penyelidikan atau laporan kes pembedahan di dalam atau luar negara.
3) Menerbitkan penemuan penyelidikan dalam jurnal berimpak tinggi.
1) Penglibatan pelajar di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran klinikal iaitu sesi perundingan klinik, ward round, dan sesi pembedahan.
2) Sesi pembelajaran kuliah dan pembentangan pengajaran oleh pelajar dan pengajar pakar bedah.
3) Kursus intensif persediaan peperiksaan.
4) Bengkel peningkatan kemahiran kepakaran pembedahan seperti Bengkel Laparoskopik, Hypospadias dan lain-lain.
5) Pengajaran asas endoskopi
1) Terlibat dalam aktiviti khidmat masyarakat seperti Sunathon, Hari Motivasi, Bakti Insan dan lain-lain.
2) Menjadi mentor kepada pelajar baru seperti program Buddies System.
Hubungi kami
Jabatan Surgeri, Tingkat 8, Blok Klinikal,
Hospital Canselor Tuanku Muhriz
Pusat Perubatan UKM
Jalan Ya’acob Latif, Bdr Tun Razak,
56000 Cheras, Kuala Lumpur.
(Pejabat) +603-9145 9374/6202/8240
(Faksimili) +603-9145 6684