Taman Botani Bangi

 Universiti Kebangsaan Malaysia

TAMAN PAKU PAKIS

Taman Paku Pakis (TPPUKM) atau Fern Garden of UKM (Fernarium) adalah taman paku pakis yang pertama diwujudkan di Malaysia. Ia ditubuhkan pada 1988 di Kawasan lereng bukit seluas 13 hektar yang dahulunya diperuntukkan sebagai tapak arboretum. Taman Paku Pakis ini juga telah didaftarkan dan diiktiraf oleh Botanic Gardens Conservations International (BGCI) di International Union for Conservation of Nature Resources (IUCN), Kew, United Kingdom. Taman ini terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu etnobotani, pemuliharaan dan eksotik, dan juga mempunyai enam laluan melalui pelbagai koleksi pakis terdiri daripada 46 genera dan 25 keluarga pteridophytes. Kekayaan flora dan fauna di taman ini telah menarik ramai penyelidik dan pelajar untuk mengkaji dan mempelajari tabiat, fisiologi, interaksi dan kandungan kimia mereka. Oleh itu, pemuliharaan taman ini adalah penting untuk kepelbagaian biologi yang mampan di kawasan tersebut.