Taman Botani Bangi

 Universiti Kebangsaan Malaysia

PENGENALAN

Taman Botani Bangi Fakulti Sains dan Teknologi (TBB FST-UKM)
 ditubuhkan pada Ogos 2020 merupakan gabungan empat unit :

Kompleks Rumah Tumbuhan

Berkeluasan 28 ekar

Taman Paku Pakis

Berkeluasan 18 ekar dengan 200 spesies paku pakis

Taman Herba

Berkeluasan 2 ekar dan melebihi 200 spesies tumbuhan

Hutan Simpan Kekal

Berkeluasan 138 ekar dan melebihi 600 spesies flora serta 800 spesies fauna

OBJEKTIF


Menjadi pusat pemuliharaan dan pemeliharaan kumpulan tumbuhan terpilih dan kepelbagaian biologi flora dan fauna dalam lingkungan TBB.

 

Menjadi pusat pendidikan ekopelancongan berkisar kepada kepelbagaian biologi dan alam sekitar.


Menjadi makmal semula jadi untuk mendokong penyelidikan berkaitan kepelbagaian biologi flora dan fauna.


Menjadi pusat nurseri pembiakan dan penjualan tumbuhan terpilih.


Menjadi pusat rujukan dan perkhidmatan kepakaran berkaitan flora dan fauna.


Menjadi pusat rujukan dan perkhidmatan kepakaran berkaitan flora dan fauna.

 

Mendokong dan menjalankan aktiviti-aktivit SDG.

VISI

Menjadi Taman Botani yang tersohor di Asia Tenggara memacu pendidikan, penyelidikan dan pemuliharaan kepelbagaian biologi flora dan fauna.

MISI

Merancang dan melaksana usaha pendidikan alam sekitar, khidmat kepakaran dan kemasyarakatan, pemeliharaan dan pemuliharaan kearah kelestarian kepelbagaian biologi di Malaysia.

SDG