Taman Botani Bangi

 Universiti Kebangsaan Malaysia

PENGENALAN MODUL

Eko-Edupelancongan Taman Botani Bangi

Makmal semula jadi yang menyediakan kemudahan dan sumber sampel kajian untuk tujuan penyelidikan dan pendidikan.

Kami juga sentiasa bersedia menerima lawatan atau pihak yang berminat untuk mengadakan aktiviti kemasyarakatan.

Pakej Eko-Edupelancongan

RM600.00

TBB Edu-Race

- Eksplorasi Taman Botani Bangi dengan aktiviti perlumbaan alam, peserta perlu menjelajah keseluruhan kawasan Taman Botani Bangi untuk mencari pembayang sehingga ke garis penamat
- Setiap ‘checkpoint’ akan diberikan tugasan tertentu yang menguji minda dan emosi yang perlu diselesaikan sebelum menerima pembayang seterusnya
- Penjelajahan akan merangkumi Taman Paku Pakis, Taman Herba dan Rumah Tumbuhan yang berkeluasan 48 ekar
- Masa 120-150 minit
- Bilangan peserta 20 orang/pakej
- Termasuk minum pagi
- Refreshment




RM600.00

Semai Cinta Alam

- Menjelajahi Taman Botani Bangi, mengenal tumbuh-tumbuhan tumbuhan yang menarik, unik. Tumbuhan liana yang melingkari pokok-pokok besar
- Mencuba mengenalpasti tumbuhan herba melalui deria bau
- Mengenal tumbuhan yang digunakan dalam ramuan mandian dan aromaterapi dan mencuba sendiri pembuatan ramuannya
- Menjelajah kebun calamansi dan memetik buahnya
- Melihat sendiri koleksi periuk kera
- Menanam anak pokok herba atau paku pakis di dalam kawasan TBB (Taman Paku Pakis, Taman Herba, Rumah Tumbuhan dan Hutan Simpan Kekal UKM)
- Masa 120-150 minit
- Bilangan peserta 20 orang/pakej
- Termasuk minum pagi
- Refreshment

RM20.00/orang

Eksplorasi

- Menjelajahi Taman Botani Bangi merangkumi Taman Paku Pakis, Taman Herba, Hutan Simpan Kekal UKM untuk mengenal tumbuh-tumbuhan serta khasiatnya
- Masa 90-120 minit
- Had maksima 40 orang
- Termasuk minum pagi
- Refreshment