Taman Botani Bangi

 Universiti Kebangsaan Malaysia

PENGECAMAN TUMBUHAN

Pengecaman tumbuhan memainkan peranan penting dalam pelbagai aspek kehidupan, termasuk pemuliharaan alam sekitar, penyelidikan saintifik, pertanian, perubatan, dan pendidikan. Pengecaman tumbuhan merupakan asas kepada kajian biodiversiti, interaksi ekosistem, dan evolusi. Ia juga menyumbang kepada dokumentasi flora tempatan dan global. Perkhidmatan pengecaman tumbuhan yang ditawarkan di Taman Botani Bangi merupakan inisiatif yang bermanfaat untuk individu yang berminat dalam bidang botani, pelajar, dan penyelidik. Perkhidmatan ini membantu mengenal pasti tumbuhan berdasarkan ciri-ciri seperti daun, bunga, buah, dan struktur batang. Ia disokong oleh pakar botani yang berada di Fakulti Sains dan Teknologi.

Pelajar atau penyelidik boleh membawa sampel tumbuhan untuk dijadikan specimen herbarium dan dicamkan. Pakar di Taman Botani Bangi akan memberikan maklumat terperinci, termasuk nama saintifik, habitat dan nombor voucher specimen yang diperlukan untuk penyelidikan. Selain itu, perkhidmatan ini juga menyediakan penerangan mengenai tumbuhan asli dan eksotik yang terdapat di taman, memberi peluang untuk memahami biodiversiti tempatan.

Permohonan untuk mendapatkan perkhidmatan boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman sesawang http: www.ukm.my/tamanbotanibangi