Taman Botani Bangi

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Bengkel Training of Trainers Penghijauan Malaysia: Prihatin Sejuta Pokok di Taman Botani Bangi bersama Koperasi ANGKASA

Program ini telah diadakan sempena kempen kesedaran Prihatin Sejuta Pokok yang telah dijalankan pada 30 Ogos 2022 di Taman Botani Bangi. Program ini telah dijayakan oleh Koperasi ANGKASA bersama kakitangan UKM, pelajar-pelajar serta guru-guru sekolah sekitar Selangor. Spesies pokok yang telah ditanam sempena kempen ini adalah pokok meranti tembaga dan pokok meranti suasa. Semoga program seperti ini dapat menarik minat generasi muda dalam memelihara dan memulihara alam sekitar.