Taman Botani Bangi

 Universiti Kebangsaan Malaysia

KOMPLEKS RUMAH TUMBUHAN

Kompleks Rumah Tumbuhan terdiri daripada beberapa bahagian utama termasuk ladang, rumah kaca, nurseri serta makmal penyelidikan. Terdapat 25 plot ladang yang dilabelkan bermula daripada ladang A sehingga ladang Y. Ladang-ladang ini sesuai bagi menanam tanaman fertigasi, menanam sayur-sayuran, menternak ternakan dan sebagainya. Selain itu, terdapat 5 unit rumah kaca dan setiap rumah kaca ini mempunyai “rolling bench” yang berbeza, contohnya 27 buah yang mampu memuatkan sebanyak 1080 anak pokok. Seterusnya, nurseri di Taman Botani Bangi memfokuskan kepada pembiakan anak pokok herba, pokok hiasan, pokok laman dapur, pokok buah-buahan dan pelbagai spesies pokok hutan. Pelbagai makmal penyelidikan yang ditempatkan di Kompleks Rumah Tumbuhan dan Bilik Kurasi Tumbuhan. Makmal penyelidikan tersebut meliputi bidang penyelidikan dalam kajian patologi tumbuhan, kejuruteraan tumbuhan, anatomi tumbuhan, molekul tumbuhan dan sebagainya.