Taman Botani Bangi

 Universiti Kebangsaan Malaysia

TAMAN HERBA

Taman Herba telah diwujudkan di UKM bagi tujuan Pendidikan, pembelajaran, penyelidikan, pemuliharaan dan kesedaran kepada orang ramai serta untuk generasi akan datang. Taman Herba seluas dua ekar (0.8 hektar) ini mempunyai kira kira 450 spesis tumbuhan daripada famili seperti Zingiberaceae, Rutaceae, Euphorbiaceae, Rubiaceae, Acanthaceae, Annonaceae, Apocynaceae, Piperaceae dan banyk lagi. Taman Herba UKM ditubuhkan pada bulan November 2009, terletak bersebelahan Taman Paku Pakis FST dan berhampiran dengan Kompleks Rumah Tumbuhan.