Taman Botani Bangi

 Universiti Kebangsaan Malaysia

BIOTEKNOLOGI TUMBUHAN

Bioteknologi tumbuhan melibatkan aktiviti kultur tisu tumbuhan, biologi molekul dan kejuruteraan genetik untuk mempertingkatkan produktiviti tumbuhan; mengurangkan sekatan kepada produktiviti tumbuhan yang disebabkan penyakit, perosak dan tekanan persekitaran; dan juga untuk mempertingkatkan kualiti produk tumbuhan. Bioteknologi tumbuhan mempertingkatkan penghasilan dan penggunaan tanaman yang memberi faedah kepada petani, industri makanan, industri tanaman ladang, pengguna dan persekitaran.