Taman Botani Bangi

 Universiti Kebangsaan Malaysia

ENTOMOLOGI

Entomologi adalah cabang sains yang mengkaji mengenai serangga dan kepelbagainnya. Serangga merupakan kelompok haiwan yang terbesar yang mana bilangan spesiesnya sangat banyak berbanding lain-lain haiwan ataupun tumbuhan. Kajian serangga adalah asas untuk sains kerana ia bukan sahaja untuk memahami dan menggambarkan kumpulan besar ini, tetapi juga untuk digunakan dalam bidang pertanian, dalam bidang perubatan dan juga dalam sains forensik.