Mikrobiologi adalah satu bidang kajian organisma mikroskopik. Mikrobiologi adalah bidang pengajian yang merangkumi banyak cabang sains tulen dan gunaan. Ini merangkumi fisiologi, selular dan struktur biologi, genetik, biokimia, nano bioteknologi, biologi molekul, sistematik dan taksonomi, bioteknologi alam sekitar, ekologi dan virologi. Walaupun sering dikaitkan dengan penyakit, mikrob juga berfaedah dalam pelbagai proses industri. Kajian mikrobiologi melibatkan kajian mikrob pada tanah, tanaman dan juga flora yang terdapat di Taman Botani Bangi.