Taman Botani Bangi

 Universiti Kebangsaan Malaysia

PATOLOGI TUMBUHAN

Patologi adalah bidang kajian mengenai penyakit, punca penyakit, ciri-cirinya dan proses pembentukan penyakit serta komplikasinya yang disebabkan oleh patogen seperti jangkitan bakteria, virus, dan kulat. Patologi tumbuhan melibatkan kajian mengenai penyakit tumbuhan yang disebabkan oleh pelbagai jenis spesies mikrob termasuk nematoda atau cacing gelang, penerokaan, keterangan dan penjelasan penyakit tumbuhan dan juga cara-cara untuk merawatnya serta pencegahannya.