Taman Botani Bangi

 Universiti Kebangsaan Malaysia

TAKSONOMI

Kajian taksonomi dan sistematik tumbuhan merupakan ilmu yang berkaitan dengan evolusi, pengecaman, pengelasan (klasifikasi), pembezaan dan penamaan spesies, genus dan famili tumbuhan. Taksonomi tumbuhan membolehkan pengecaman spesies yang tidak diketahui dan pengelasannya dengan membandingkannya dengan spesies yang diketahui serta mengklasifikasikan tumbuhan dan organisma lain kepada tahap taksonomi yang berbeza. Taman Botani Bangi juga mempunyai koleksi spesimen hidup dan spesimen herbarium untuk tujuan simpanan, rujukan dan penyelidikan.