Taman Botani Bangi, UKM, merupakan kawasan yang kaya dengan kepelbagaian biologi flora dan juga fauna, taman ni merupakan lokasi strategik untuk menjalankan kajian vertebrata. Vertebrata ialah haiwan bertulang belakang yang tergolong dalam filum Chordata. Vertebrata di taman ini terdiri daripada lima kumpulan utama iaitu ikan, amfibia, reptilia, burung, dan mamalia. Kajian vertebrata di taman ini memberikan fokus kepada pelbagai aspek biologi, ekologi, dan pemeliharaan spesies seperti burung, primat, reptilia, dan lain-lain. Kajian juga termasuk mengenai kelakuan haiwan terhadap manusia, sumber makanan dan sebagainya.