Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) ditubuhkan bertujuan untuk mencapai matlamat seperti berikut:
- Memastikan supaya penyelarasan dan pemantauan kewangan penyelidikan yang kemas dan sistematik serta cekap bagi memudahkan para penyelidik dan pihak pengurusan dalam urusan kewangan.
- Memastikan penyebaran maklumat berkaitan dengan penyelidikan dijalankan dengan baik dan berkesan sesuai dengan fungsi PPP sebagai sumber maklumat bukan sahaja kepada penyelidik-penyelidik malahan kepada masyarakat luar sama ada dalam atau luar negara mengenai hasil penyelidikan serta perkhidmatan kepakaran yang ada di Universiti.
- Memastikan penyebaran maklumat berkaitan dengan penyelidikan dijalankan dengan baik dan berkesan sesuai dengan fungsi PPP sebagai sumber maklumat bukan sahaja kepada penyelidik- penyelidik malahan kepada masyarakat luar sama ada dalam atau luar negara mengenai hasil penyelidikan serta perkhidmatan kepakaran yang ada di Universiti.
- Meningkatkan reputasi UKM sebagai sebuah Universiti Awam yang berkualiti dan cekap dalam menguruskan kegiatan yang berkaitan dengan penyelidikan dan persidangan di UKM.
- Membantu penjanaan dana yang lebih tinggi yang diperolehi dari pelbagai sumber sama ada dari dalam atau luar negara.
- Memperkukuhkan serta menguruskan urusan penyelidikan dengan lebih teratur, cekap dan sistematik.
- Menjadikan UKM terkehadapan dalam pengurusan penyelidikan di Malaysia.
- Meningkatkan lagi penyebaran maklumat penyelidikan di dalam dan luar negara.
Website : http://research.ukm.my/
Email : drmc@ukm.edu.my
Phone : 03-8921 3184
Pusat IDEA-UKM
Pusat IDEA UKM atau IDEA UKM akronim INOVATIF, DINAMIK, EFISIEN dan AKAUNTABILITI telah diluluskan dalam mesyuarat MPU bil 9/2017 pada 8 Ogos 2017. Pusat ini telah dirasmikan penubuhannya pada 20 November 2017 oleh YB Menteri Pengajian Tinggi secara majlis pelancaran program UKM – International Integrated Conference (UKM-IIC). Fungsi utama Pusat IDEA UKM adalah untuk menggerakkan cetusan idea-idea penyelidikan multidisiplin berdampak bagi mencari penyelesaian tuntas terhadap cabaran semasa yang dihadapi negara. Terdapat lima Kluster Penyelidikan telah dibentuk iaitu Kluster Transformasi Sosial dan Ekonomi, Kluster Warisan dan Masyarakat Madani, Kluster Kesihatan dan Perubatan Termaju, Kluster Sumber Lestari, Alam Sekitar dan Kehidupan Pintar, dan Kluster Teknologi Digital dan Terkehadapan untuk menyokong ekosistem penyelidikan UKM yang masing-masing diterajui oleh Peneraju Kluster Penyelidikan yang berperanan:
- Mempromosi kepakaran warga akademik
- Memudah cara penyelidikan rentas disiplin
- Memantau, menilai dan melapor prestasi penyelidikan
- Mengenalpasti bidang fokus kluster penyelidikan
- Menyelaras usaha menterjemah hasil penyelidikan untuk manfaat pihak berkepentingan
- Menggerak dan membudayakan penyelidikan yang berkualiti dan berimpak
- Menggerakkan Komuniti Keserakanan Penyelidikan
- Menyediakan khidmat nasihat kepakaran
Website : https://www.ukm.my/ideaukm/
Email : idea@ukm.edu.my
Phone : 03-8911 8261
Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi (INOVASI@UKM™)
Inovasi@UKM ialah pejabat pemindahan teknologi UKM. Objektif penubuhan (tahun 2010) ialah untuk memangkinkan inovasi dan menjana nilai dari harta intelek yang dihasilkan dari penyelidikan untuk menghasilkan penyelidikan berimpak tinggi serta penjanaan kekayaan secara optimum dan strategik. Fungsi utama penubuhan Inovasi@UKM adalah menguruskan harta intelek dan pemindahan teknologi yang mana melibatkan kolaborasi dengan fakulti/institut di UKM serta lain-lain organisasi luar UKM. Terdapat tiga (3) bahagian utama di Inovasi@UKM iaitu:
i. Pengurusan Korporat.
ii. Pengurusan Harta Intelek; dan
iii. Pemindahan Teknologi.
INOVASI@UKM berperanan dalam pengurusan harta intelek dan pembangunan perniagaan berasaskan inovasi dan teknologi UKM iaitu;
- Mempromosikan kolaborasi di antara UKM dengan pakar luaran dan rakan industri di dalam urusan pembinaan kapasiti, pengurusan harta intelek, pemindahan teknologi dan pengkomersilan;
- Menyediakan kaedah dan modus-operandi yang proaktif dan inovatif dalam Pemadanan Perniagaan (Business Matching) dengan rakan industri;
- Menyediakan sumber kepakaran secara kolaboratif bagi proses saringan harta intelek/teknologi (Technology Screening);
- Menyediakan Dana Inovasi (Pre-Seed Funding) untuk tujuan pembangunan produk dan pembinaan protatotaip (pra-pengkomersilan); dan
- Membangunkan perniagaan baru bagi pengkomersilan melalui pelesenan teknologi, syarikat terbitan universiti (STU), usahasama (joint-venture) dan pakatan strategik (strategic alliances).
Website : http://www.ukm.my/pik/
Email : pghinovasi@ukm.edu.my
Phone : 03-8921 4876
Penerbit UKM
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia adalah imprin penerbitan ilmiah universiti yang diletak di bawah Pejabat Canselori. Penerbit UKM ditadbir oleh Jawatankuasa Penerbitan Universiti yang dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi.
Penerbit UKM menerbitkan karya berbentuk ilmiah yang mengutamakan penerbitan karya asli dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, karya dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan karya terjemahan ke dalam bahasa Melayu juga diberi pertimbangan. Penerbit menerima karya dalam hampir semua cabang ilmu pengetahuan berasaskan penyelidikan mantap.
Dengan misi membentuk satu organisasi yang menjadi penyalur dan penyebar korpus ilmu peribumi dan pemikiran yang mantap serta berkesan sesuai dengan cabaran globalisasi semasa melalui penerbitan, Penerbit UKM mengalu-alukan karya para sarjana dan pengarang dari dalam dan luar Universiti Kebangsaan Malaysia.
Website : https://ukmpress.ukm.my/
Email : penerbit@ukm.my
Phone : 03-89213138
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM atau ALAF-UKM
ALAF-UKM menjadi entiti pengurusan yang akan memantau dan mengkoordinasikan setiap makmal penyelidikan secara berpusat di Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM( ALAF- UKM), Aras 2, Kompleks Penyelidikan UKM, 43600 UKM, Bangi, Selangor.
ALAF UKM terdiri daripada pusat penyelidikan seperti berikut:
PUSAT PENYELIDIKAN (MAKMAL ALAMI)
I. Pusat Penyelidikan Tasik Chini( PPTC)
II. Pusat Penyelidikan Bukit Fraser( PPBF)
III. Pusat Penyelidikan Langkawi( PPL)
IV. Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin( EKOMAR)
MAKMAL PENYELIDIKAN (MAKMAL FIZIKAL)
i. Makmal i-CRIM
ii. Makmal Bioserasi
Berikut merupakan fungsi dan tanggungjawab ALAF-UKM:
- Memberikan perkhidmatan makmal/pusat kepada pelanggan mengikut fungsi masing-masing.
- Memastikan makmal/pusat adalah kondusif, selamat dan beroperasi secara optimum untuk menjamin penjanaan yang optimum dan lestari.
- Merancang dan melaksanakan aktiviti dan promosi makmal/pusat yang bersesuaian bagi menarik pelanggan dari dalam dan luar UKM.
- Menjana pendapatan kepada Universiti.
Website: https://www.ukm.my/alafukm/ Email: pghalaf@ukm.edu.my Phone: +03 8911 8515