![](https://www.ukm.my/tncpi/wp-content/uploads/2022/04/Instrumen-MyRA-e1649148420277.jpg)
Instrumen MyRA ® diperkenalkan oleh KPT untuk mengukur input, output, outcome dan impak Pembangunan, Penyelidikan, Pengkomersilan & Inovasi (RDCI) Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mencapai kecemerlangan dalam penyelidikan.
Kriteria yang diukur dalam penilaian MyRA ® adalah:
- Kualiti dan Kuantiti Penyelidik
- Kualiti dan Kuantiti Penyelidikan
- Kualiti dan Kuantiti Pasca Siswazah
- Inovasi
- Perkhidmatan Profesional dan Hadiah
- Jaringan dan Jangkauan
- Kemudahan Sokongan
CRIM menguruskan pengumpulan dan pembuktian data MyRA ® dengan kerjasama daripada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ). CRIM menyediakan sistem pemantauan pencapaian MyRA ® (MyRA II Report) untuk membolehkan PTJ memantau pencapaian MyRA ® dan bertindak memastikan strategi dan pelan tindakan dapat dilakukan untuk meningkatkan prestasi kecemerlangan penarafan MyRA ® .
![](https://www.ukm.my/tncpi/wp-content/uploads/2022/04/Penilaian-Tapak-MyRA.jpg)
![](https://www.ukm.my/tncpi/wp-content/uploads/2022/04/Penilaian-Tapak-My-ra2.jpg)
![](https://www.ukm.my/tncpi/wp-content/uploads/2022/04/Penilaian-Tapak-MyRA2.jpg)