(Last Updated On: 14/12/2021)

TERBUKA KEPADA PARA PENYELIDIK UKM

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Inovasi & Pemindahan Teknologi (INOVASI@UKM™️) akan mengadakan sesi taklimat Strategic Planning For Innovation & Commercialisation Session (SPICES) Series 2/2021 dengan tajuk “Ready Yet?: TRL Classification Of Research Project”.

Objektif penganjuran program ini adalah bagi tujuan:

i. Membantu para penyelidik UKM mengenal pasti Technology Readiness Level (TRL) bagi projek penyelidikan mereka bersesuaian dengan dana/geran penyelidikan yang disediakan; dan

ii. Memberi maklumat pengenalan dan panduan tentang Dana/Geran penyelidikan luar dari KPT (PRGS/MyLAB/PPRN); MOSTI dan CREST yang dapat membantu para penyelidik meningkatkan tahap penyelidikan mereka ke arah pengkomersialan mengikut kesesuaian TRL dan jenis geran.

INOVASI@UKM™️ amat berbesar hati menjemput para penyelidik UKM ke program yang akan diadakan seperti butiran berikut:

📌 : 14 Disember 2021 (Selasa)

🕙 : 10:00 pagi – 12:00 tengah hari

🌐 : Aplikasi Zoom

Sekiranya terdapat sebarang soalan mengenai program ini, sila hubungi:

Encik Firdaus Banhawi

📧 : firban@ukm.edu.my

📞 : 03-8921 4821