Pendidikan Pengurangan Risiko Bencana atau Disaster Risk Reduction (DRR) merupakan satu insiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dengan kerjasama U-INSPIRE Malaysia@UKM yang bertujuan memastikan warga institusi pendidikan khususnya murid sentiasa bersedia menghadapi bencana. Murid diberikan pendedahan yang komprehensif tentang langkah-langkah menghadapi kemungkinan bencana serta bagaimana mereka dapat melindungi diri dan keluarga. Usaha ini adalah sejajar dengan Dasar Pengurangan Risiko Bencana 2030. KPM komited memastikan seluruh warga institusi pendidikan siap siaga menghadapi bencana.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada output daripada projek tajaan UNICEF Malaysia bertajuk “Youth and Young Professionals Empowerment: Implementing SETI for Disaster Resilience”, di mana output utama ialah penghasilan modul DRR bagi sekolah-sekolah di bawah KPM. Projek ini telah tamat pada tahun 2024, dan kesinambungannya akan disambung melalui projek baharu di bawah tajuk “The Study
on Enhancing Knowledge and Awareness of Disaster Risk Reduction for Students of the Ministry of
Education Malaysia” sehingga tahun 2025, di bawah tajaan dana UNICEF Malaysia.
Tonton video penuh mengenai inisiatif DRR di bawah KPM melalui link.