NOTIS IKLAN SEBUT HARGA PERKHIDMATAN SEWAAN KENDERAAN SATU UNIT PACUAN EMPAT RODA/SUV

Assalamu’alaikum wbt dan Salam Sejahtera.
Tuan/Puan,
PER: PERKHIDMATAN PENYEWAAN SATU UNIT PACUAN EMPAT RODA/SUV  UNTUK KURSI PEMBANGUNAN LESTARI UKM-YSD: TEKNOLOGI SISA SIFAR BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN 
 
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk. 
 
1. Sebut Harga adalah dipelawa kepada pembekal-pembekal yang berpengalaman dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 110103/221503 bagi PERKHIDMATAN PENYEWAAN SATU UNIT PACUAN EMPAT RODA/SUV  UNTUK KURSI PEMBANGUNAN LESTARI UKM-YSD: TEKNOLOGI SISA SIFAR BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN.
 
2. Dokumen Sebut Harga boleh didapati pada waktu pejabat dari jam 8.15 pagi – 12. 30 tengahari (Isnin-Khamis), & 3.00 petang – 4.30 petang (Jumaat) di *(4) Kursi Pembangunan Lestari UKM-YSD: Teknologi Sisa Sifar, Paras 1, Bangunan Akademik, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia .Bayaran sebanyak RM30.00 hendaklah dibuat di Kaunter Bahagian Hasil, Aras 1, Jabatan Bendahari, Bangunan Canselori, UKM. Bayaran adalah dalam bentuk debit kad/kad kredit/bank draf/kiriwan wang (money order)/ wang pos dibayar atas nama BENDAHARI UKM. Bayaran ini tidak akan dikembalikan dan pembayaran secara tunai atau cek tidak akan diterima.
 
3. Sila kemukakan Satu Set Salinan Fotostat Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang seperti di atas dan Sijil Taraf Bumiputera (jika bertaraf Bumiputera) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia kepada Jabatan sewaktu mengambil Dokumen Sebut Harga.
 
4. Tempoh sahlaku Sebut Harga adalah selama sembilan puluh (90 hari) selepas tarikh tutup sebut harga tersebut.
 
5. Tempoh pelawaan dibuka bermula 22 Jun 2020 sehingga 30 Jun 2020. Tarikh tutup peti sebut harga adalah 4.30 petang, 30 Jun 2020.  
 
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Cik Siti Hajar Mohammad di talian 03-8921 6031 atau email: sitihajar87@ukm.edu.my bagi maklumat lanjut.
 
Terima kasih.