PUSAT PEMBANGUNAN KARIER UKM / UKM CAREER ADVANCEMENT CENTRE

 MARA_GEUKM

Program Modules

PENDAFTARAN KRU MASTERCLASS DIGITAL BRANDING 

KRU MasterClass Sdn Bhd (anak syarikat KRU Entertainment) yang ditubuhkan pada tahun 2012 adalah sebuah institusi latihan profesional yang menawarkan program-program jangka pendek berkaitan industri kreatif dan ekonomi digital secara hibrid.

Metodologi bagi kursus-kursus kami adalah berteras latihan kemahiran (TVET) dan “on-the-job training” (OJT) dengan penglibatan mentor industri serta pensyarah berpengalaman. 

Pensijilan profesional yang diiktiraf di peringkat antarabangsa turut ditawarkan kepada pelatih secara opsyenal dengan sasaran keberhasilan pelatih menjadi usahawan, tenaga profesional yang bekerja tetap atau secara bebas di dalam ekonomi gig.

MasterClass Digital Branding ialah program “up-skilling” dan “re-skilling” yang direka oleh profesional industri untuk melahirkan usahawan dan tenaga kerja mahir sedia industri yang berkaitan dengan Industri Kreatif dan Ekonomi Digital.

Kami mengetengahkan pendekatan latihan praktikal yang sejajar dengan perkembangan semasa dan amalan terbaik dalam industri secara global. 

Selain daripada tenaga pengajar yang berpengalaman, kami juga berkolaborasi dengan golongan professional industri untuk memastikan hasil pembelajaran terus relevan dengan permintaan pasaran.

Mohon Sekarang >>> https://forms.gle/QHSeoKKwQbGSDMKQ6