PUSAT PEMBANGUNAN KARIER atau lebih dikenali sebagai UKM-Karier merupakan salah sebuah pusat perkhidmatan pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia yang mula ditubuhkan pada tahun 2014.
Sejak penubuhannya, banyak perubahan dan pembaharuan telah dilakukan demi mencapai matlamat utama iaitu menjadi pusat membimbing para pelajar dan bakal graduan membuat persediaan untuk melangkah ke alam pekerjaan. Pelbagai program, aktiviti, kolaborasi dan jaringan diadakan bagi memastikan kadar kebolehpasaran graduan UKM meningkat dan graduan UKM setanding dengan Universiti tersohor dunia mahupun luar negara.
Visi UKM-Karier ialah kami bertekad menjadi pusat yang berupaya memacu dan menyerlah kompetensi dan keterampilan graduan UKM di peringkat nasional dan di persada antarabangsa, sekali gus meningkatkan tahap kebolehkerjaan graduan UKM. Manakala misi UKM-Karier ialah menjadi satu pusat yang menyediakan perkhidmatan dan program pembangunan kerjaya yang berkualiti dan mampu melahirkan graduan berkebolehpasaran tinggi.