PUSAT PEMBANGUNAN KARIER UKM / UKM CAREER ADVANCEMENT CENTRE

 MARA_GEUKM

Ekspo Kerjaya Industri Sukan

Ekspo Kerjaya Industri Sukan

Kementerian Sumber Manusia (“KSM”) melalui agensinya Pertubuhan Keselamatan Sosial (“PERKESO”) akan menganjurkan karnival kerjaya yang akan diadakan sekitar Lembah Klang, Negeri Sembilan serta Melaka.

Untuk makluman, PERKESO sedang aktif membantu graduan-graduan serta pencari kerja yang telah kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan peluang pekerjaan baharu melalui temu duga terbuka dengan majikan-majikan. Ini adalah selaras dengan peranan PERKESO sebagai Employment Services. Inisiatif ini diadakan selari dengan usaha kerajaan dalam meningkatkan penempatan pekerjaan kepada masyarakat khususnya di kalangan golongan sasar seperti graduan, belia, wanita, OKU dan Orang Asli.

Butiran Ekspo Kerjaya Industri Sukan seperti berikut:

Tarikh : 8 – 9 Oktober 2022 (Sabtu – Ahad)

Masa : 9:00 pagi – 5:00 petang

Tempat : Kompleks Sukan Bukit Jalil, Selangor .