PUSAT PEMBANGUNAN KARIER UKM / UKM CAREER ADVANCEMENT CENTRE

 MARA_GEUKM

Wakil UKM terlibat dalam Neurodiversity Workshop Anjuran PETRONAS & EY

Kuala Lumpur, 22 April 2024. Wakil Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah dijemput bagi menghadiri bengkel Neurodiversiti anjuran PETRONAS. Wakil tersebut ialah Pn. Alyaa Insyirah Huzili, Pegawai Psikologi di Pusat Pembangunan Karier UKM dan En. Muhammad Aizuddin Saharudin, Pegawai Tadbir di Unit OKU, Jabatan Pendaftar UKM.

Bengkel ini akan menjadi platform perbincangan yang memberi tumpuan kepada memahami peluang dan menyelaraskan usaha dalam landskap neurodiversiti di Malaysia. Kami menjemput pemain utama dan organisasi yang merupakan sebahagian daripada ekosistem neurodiversiti – termasuk NGO, akademia, syarikat korporat, dan kerajaan – untuk menyumbang dalam perbincangan ini.

Antara inisiatif yang dibincangkan dan akan dilaksanakan ialah:

2024:

a) Standard reference platform for ecosystem players

b) Increased awareness on neurodiversity

2025:

a) Playbook on talent management best practices for NDIs

b) Common database for demand and supply of NDIs

2026 and beyond

Establish neuro-inclusive potential standards /policies, framework and guidelines.

Diharapkan inisiatif ini dapat dilaksanakan mengikut perancangan dan kerjasama strategik dengan semua pemegang taruh.

 

 

Penulis: Cik Nurul Ashikin

April 2024