PUSAT PEMBANGUNAN KARIER UKM / UKM CAREER ADVANCEMENT CENTRE
MARA_GEUKM
PROGRAM PEMBANGUNAN KERJAYA
Program Pembangunan Kerjaya merupakan kumpulan program-program rutin yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Karier yang melibatkan perkongsian maklumat, info dan ilmu berkenaan kerjaya serta persediaan ke alam pekerjaan. Program-program ini juga melibatkan wakil majikan/syarikat untuk membantu pelajar mendapat gambaran sebenar mengenai dunia pekerjaan.
Kepada Pelajar / Graduan: Sekiranya anda berminat untuk menyertai program-program ini, boleh melihat kalendar program di Utama atau ikuti akaun media sosial UKM-Karier (Facebook, Instagram, Twitter, LinkedIn).
Kepada majikan atau syarikat yang berminat menyertai program-program ini, anda boleh mengisi borang di sini.
CERAMAH KERJAYA
Program ceramah kerjaya merupakan aktiviti rutin di UKM-Karier dimana kami menjemput wakil-wakil majikan untuk memberi ceramah/perkongsian kepada pelajar mengikut bidang/fakulti atau terbuka.
Kebiasaannya ceramah kerjaya dijalankan pada hari Rabu (petang) atau Jumaat.
KLINIK RESUME
Klinik Resume diadakan pada setiap bulan pada setiap semester bagi membantu pelajar untuk menyediakan resume terbaik.
Sesi penyediaan resume ini akan dijalankan secara hands on supaya pelajar lebih memahami keperluan dan kepentingan penulisan resume terbaik yang dapat menarik minat majikan.
Kaunselor Kerjaya atau wakil majikan akan menjadi penceramah dan fasilitator sepanjang klinik ini berlangsung.
FINISHING SCHOOL
Program Finishing School merupakan program flagship yang dijalankan kepada pelajar tahun akhir yang akan menjalani latihan industri atau yang akan menghabiskan pengajian.
Program ini mengandungi enam (6) sesi iaitu:
SKPG dan Pengurusan Emosi
Professional Grooming
Personal Branding
Keusahawanan
Tip Temuduga
Surat Iringan, Resume & Video Resume
Program ini akan diadakan tiga (3) kali setahun mengikut fakulti-fakulti tertentu.
MOCK INTERVIEW
Mock Interview adalah latihan berbentuk simulasi temuduga pekerjaan sebenar. Latihan ini memberi peluang kepada pelajar untuk berlatih kemahiran temuduga dan menerima maklum balas mengenai kemahiran temuduga mereka. Panel temuduga adalah terdiri daripada Kaunselor Kerjaya dari UKM-Karier atau wakil dari pihak majikan.
Pelajar akan dinilai berdasarkan perkara berikut:
Resume dan Surat Iringan
Penampilan Diri
Kemahiran Komunikasi
Kemahiran Menjawab Soalan Temuduga
SEMBANG SANTAI KERJAYA
Sembang santai kerjaya adalah sesi perkongsian kaunselor kerjaya yang mengupas sesuatu perkara mengenai kerjaya secara santai dan relax.
Sesi perkongsian ini juga akan menjemput pelajar, graduan dan juga pihak industri.
INDUSTRY VISIT
Program Industry Visit merupakan program yang mengumpulkan pelajar untuk melawat syarikat-syarikat terpilih.
Program ini bertujuan untuk memberi maklumat dan gambaran sebenar mengenai dunia pekerjaan bagi sektor-sektor dunia korporat.
KARNIVAL KERJAYA
Program karnival kerjaya adalah program tahunan yang diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Career & Entrepreneurship Expo atau CEE merupakan program flagship di bawah UKM-Karier yang dilangsungkan pada bulan April/Mei/Jun setiap tahun.
Program ini membawakan pelbagai syarikat yang menawarkan pelbagai peluang pekerjaan kepada pelajar dan graduan UKM.
Program ini juga mengetengahkan Career Buddies sebagai pengelola dan pemudahcara yang berhubung secara langsung dengan pihak majikan dan sebagai pelaksana program.
Selain itu, UKM-Karier juga pernah menganjurkan Integrated Internship & Career Day (IICD) pada setiap November. Walau bagaimanapun mulai 2019, acara ini telah berubah kepada Interview Fair yang lebih memfokuskan pelajar untuk ditemuduga secara terus oleh majikan.
LMCR 3422: PERSEDIAAN ALAM PEKERJAAN
Kursus LMCR 3422: Persediaan Alam Pekerjaan merupakan kursus elektif yang dipilih oleh pelajar. Melalui kursus ini, pelajar akan didedahkan dengan ceramah-ceramah kerjaya dari syarikat dan majikan yang memfokuskan kepada beberapa topik setiap minggu:
Pengenalan kepada UKM-Karier dan Kursus
Modul Membuat Keputusan Kerjaya & Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG)
Future Jobs: What to Expect
Resume, Surat Iringan & Video Resume
Personal Branding
Tip Temuduga
Professional Grooming
Peluang Pekerjaan di Sektor Kerajaan
Kesejahteraan Mental di Tempat Kerja.
Workplace Ethics & Communication
Financial Literacy
Keusahawanan: Peluang dalam Keusahawanan Digital
Mock Interview
LMCR 3442: PENGURUSAN KERJAYA PELAJAR
Kursus LMCR 3442: Pengurusan Program Kerjaya merupakan kursus elektif yang dipilih oleh pelajar. Melalui kursus ini, pelajar akan diajar mengenai penganjuran kerjaya dan seterusnya menganjurkan program-program kerjaya mengikut kumpulan. Berikut adalah topik-topik mengikut minggu: