PUSAT PEMBANGUNAN KARIER UKM / UKM CAREER ADVANCEMENT CENTRE

 MARA_GEUKM

Career Decision Self-Efficacy – Short Form (CDSE-SF)

Ujian ini untuk membantu seseorang mengenal pasti keupayaan diri berkaitan dengan keyakinan diri dalam membuat pertimbangan perancangan kerjaya.
1.Menggunakan kemudahan internet untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan bidang pekerjaan yang anda minati.
2.Mempertimbangkan dan memilih satu matlamat kerjaya utama berdasarkan kepada senarai matlamat kerjaya utama yang sesuai dengan potensi diri anda.
3.Membuat perancangan tentang matlamat kerjaya untuk lima tahun akan datang.
4.Menentukan langkah-langkah yang boleh diambil sekiranya pencapaian akademik anda tidak dapat memenuhi syarat kelayakan matlamat kerjaya yang anda pilih.
5.Menilai kebolehan anda dengan tepat.
6.Mempertimbangkan dan memilih satu pekerjaan daripada satu senarai pekerjaan yang sesuai dengan potensi diri anda.
7.Menentukan langkah-langkah yang perlu diambil oleh anda bagi memastikan matlamat kerjaya yang telah dipilih dapat dicapai dengan jayanya.
8.Akan terus berusaha dengan penuh gigih mencapai matlamat kerjaya utama anda walaupun anda mengalami pelbagai dugaan, rintangan dan cabaran.
9.Menentukan jenis pekerjaan yang paling unggul bagi anda untuk diceburi.
10.Mengetahui tentang hala tuju sesuatu pekerjaan untuk sepuluh tahun yang akan datang.
11.Memilih sesuatu kerjaya yang bertepatan dengan cara gaya hidup anda.
12.Menyediakan resume dengan baik.
13.Mengubah matlamat kerjaya utama anda sekiranya anda tidak menyukainya walaupun ianya pilihan utama anda.
14.Memastikan dan memutuskan apakah nilai anda terhadap sesuatu pekerjaan.
15.Mendapatkan maklumat tentang purata pendapatan tahunan bagi seseorang yang menceburi dalam sesuatu pekerjaan tersebut.
16.Membuat satu keputusan tentang pilihan kerjaya dan kemudian tidak berasa bimbang samada pilihan itu betul atau salah.
17.Mengubah pekerjaan sekiranya anda tidak berpuas hati dengan pekerjaan yang anda ceburi.
18.Anda amat memahami tentang diri anda bahawa anda tidak bersedia untuk berkorban bagi mencapai matlamat kerjaya anda.
19.Bercakap dengan seseorang yang telah pun bekerja dalam bidang pekerjaan yang anda juga minati.
20.Memilih matlamat kerjaya utama yang benar-benar tepat dan sesuai dengan minat anda.
21.Mengenal pasti majikan-majikan, firma-firma dan institusi yang berkemungkinan releven dengan kerjaya pilihan anda.
22.Menerangkan jenis cara gaya hidup yang anda sukai untuk diamalkan.
23.Mendapat maklumat tentang prasiswazah dan siswazah.
24.Akan berjaya melalui proses temuduga bagi sesuatu pekerjaan.
25.Mengenal pasti beberapa bentuk kerjaya utama yang lain atau alternatif-alternatif kerjaya yang munasabah dengan diri anda, sekiranya anda gagal mendapatkan kerjaya yang pertama pilihan anda.