Sistem Aduan dan Maklum Balas UKM (e-FACt)

efact

Sistem Aduan dan Maklum Balas UKM (e-FACt) merupakan satu sistem yang merangkumi pengurusan aduan, maklum balas, cadangan, penghargaan dan permohonan perkhidmatan daripada warga UKM dan bukan warga UKM. Sistem ini dibina bagi integrasi 5 sistem yang sedia ada di gunakan di UKM iaitu Sistem Maklum Balas &  Aduan  ICT (SMAICT), Sistem Maklum Balas &  Aduan Kerosakan (SAK), Sistem Maklum Balas dan Pertanyaan, Sistem Aduan Dalaman (SAD) dan Sistem Aduan Dalaman Pelajar (SADP).

Tujuan sistem  ini diadakan adalah untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan, pengurusan aduan yang sistematik, perkongsian maklumat yang cepat, telus  dan efisien dan adalah untuk menjana laporan maklum balas dan aduan dengan lebih sistematik dan fleksibel. Pusat Jaminan Kualiti dipertanggungjawabkan untuk memantau dan menganalisis maklum balas yang diterima dan memastikan setiap aduan yang diterima ditangani dengan baik dan berkesan.

Sistem Aduan dan Maklumbalas UKM (e-FACt) boleh dicapai di www.ukm.my/efact