Pusat Jaminan Kualiti (Kualiti-UKM)

Audit dan Penandaarasan

Bahagian Audit dan Penandaarasan (BAP) bertanggungjawab merancang, mengurus, dan memastikan semua aktiviti audit dan penilaian program pengajian selaras dengan keperluan MQA dan status UKM sebagai Institusi Swaakreditasi. Ini termasuk peruntukan status akreditasi sementara (PA), akreditasi penuh (FA), dan pengekalan akreditasi (MA) bagi program yang ditawarkan.

BAP juga bertanggungjawab dalam menguruskan permohonan pendaftaran program pengajian baru, penggantian perakuan dan pengemaskinian maklumat program pengajian di dalam Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Di samping itu, BAP bertanggungjawab merancang, menyelaras, dan mengurus keperluan kompetensi ahli panel penilai akreditasi program dan memastikan proses penilaian akreditasi program berjalan dengan lancar.

Selain itu, BAP juga diberikan tanggungjawab merancang pembangunan dan memantapkan sistem sokongan ICT untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan aktiviti akreditasi, pangkalan data ahli panel penilai dan pemantauan akreditasi program pengajian.

(Disediakan Oleh: PP BAP)