Pusat Jaminan Kualiti (Kualiti-UKM)

Bicara Pengarah

Assalamualaikum wbth dan Salam Sejahtera

Pusat Jaminan Kualiti (PJK) ditubuhkan pada 10 Februari 2011 (kelulusan LPU Bil. 1/2011 bertarikh 10 Februari 2011). Penubuhan PJK adalah selaras dengan syor MQA supaya UKM menubuhkan Pusat Jaminan Kualiti (Quality Assurance Division ) untuk memastikan Sistem Jaminan Kualiti UKM lebih terancang dan berkesan .

Dalam usia semuda ini dan kebertanggungjawaban yang begitu besar untuk menyelaras dan memantau Kitaran Kualiti UKM, PJK telah melakar landasan kukuh dengan mewujudkan tiga (3) potfolio iaitu Audit dan Penandaarasan, Sistem Pengurusan Kualiti, dan Perancangan dan Peningkatan Kualiti. Untuk memastikan Sistem Jaminan Kualiti Universiti berkesan serta penambahbaikan secara  berterusan dilakukan,  PJK sentiasa  berusaha  mengamalkan nilai murni (shared values) iaitu Kepimpinan yang meninggalkan legasi, bekerja secara Profesionalisme, berintegriti, Dinamik dan mengutamakan semangat Keserakanan

Demi meningkatkan Sistem Jaminan Kualiti UKM, PJK sentiasa berusaha dan komited serta menjadikan moto PJK iaitu  Kualiti Pemacu Inovasi sebagai inspirasi untuk menghadapi cabaran dan melangkah kehadapan.

 

Pengarah
Kualti-UKM