Pusat Jaminan Kualiti (Kualiti-UKM)

Perancangan dan Peningkatan Kualiti

Skop Tugas

    • Menyelaras dan membangun standard dalaman untuk pelaksanaan proses teras universiti berdasarkan Kitaran Kualiti UKM serta boleh mencetuskan inovasi.
    • Mengenalpasti kod amalan dan standard luaran yang sesuai digunakan untuk tujuan jaminan kualiti.
    • Membangun dan mengendalikan sistem aduan dan maklum balas untuk menilai keberkesanan penyampaian perkhidmatan.
    • Membangun dan mengendalikan sistem maklum balas pihak berkepentingan sebagai saluran untuk maklumat kepuasan pelanggan dan pihak luar.
    • Menganalisis aduan dan maklum balas pelanggan dalaman dan luaran serta mengenalpasti ruang penambahbaikan secara menyeluruh.

Dokumen dan Sistem

Dokumen dan Sistem yang telah dibangunkan

Sistem Maklum Balas Pihak Berkepentingan (e-Quest)

Sistem Maklum Balas Pihak Berkepentingan (e-Quest) dibangunkan susulan daripada laporan Audit Institusi MQA yang telah menyarankan supaya UKM menyediakan satu mekanisme untuk memastikan penglibatan pihak berkepentingan (stakeholders) di kalangan komuniti Industri dan majikan serta alumni dalam kitaran penambahbaikan kualiti dalaman UKM.

Objektif Sistem e-Quest ini adalah untuk:

  1. Mendapatkan maklum balas untuk Indeks Prestasi PTJ bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan;
  2. Mewujudkan saluran maklum balas khusus untuk pihak berkepentingan memberikan sebarang maklum balas atau cadangan bagi tujuan penambahbaikan termasuk pembangunan dan semakan kurikulum;
  3. —Membolehkan perkongsian maklumat yang cepat, telus dan efisien di kalangan pusat tanggungjawab untuk penambahbaikan proses;
  4. —Meningkatkan kualiti graduan yang tamat belajar sesuai dengan kehendak pasaran kerja;

 

Objektif Sistem merangkumi:

  1. Majikan  (Pihak yang mengaji graduan UKM)
  2. Industri (Pihak yang membuat, menghasilkan, mengeluarkan barangan/perkhidmatan. Industri boleh jadi majikan atau bukan majikan kepada graduan)
  3. Alumni
  4. Kakitangan UKM
  5. Pelajar UKM

Sistem e-Quest ini mula beroperasi secara sepenuhnya sepenuhnya pada Julai 2013.

Sistem Penilaian Penganjaran dan Penyeliaan (SPPP)

Sistem Penilaian Pengajaran & Penyeliaan (SPPP) adalah sistem yang menilai kualiti pengajaran kursus daripada perspektif pelajar. Ia merupakan salah satu sistem maklum balas pelanggan rasmi yang digunakan untuk menilai kecekapan dan keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2008 Pengurusan Pengajian Prasiswazah dan Siswazah (secara kerja kursus). Di samping itu, input yang diperoleh daripada pelajar melalui sistem ini juga digunakan sebagai untuk penambahbaikan kualiti berterusan program pengajian berkenaan. Dalam sistem ini, soalan-soalan maklum balas dibahagikan kepada TIGA bahagian, iaitu:

  1. Umum (Kandungan kursus, prasarana dan peralatan – 7 soalan)
  2. Fakulti/Pusat/Institut (3-10 soalan untuk setiap mod pengajaran yang digunakan)
  3. Penilaian Pensyarah (5 soalan untuk setiap pensyarah yang mengendalikan kursus)

Bahagian Umum dan Bahagian Penilaian Pensyarah akan digunakan untuk menilai pencapaian objektif kualiti SPK MS ISO 9001:2008, di samping untuk menambah baik kualiti pengajaran dan penyampaian kuliah secara berterusan, sementara Bahagian Fakulti/Pusat/Institut digunakan khusus untuk keperluan dalaman Fakulti/Pusat/Institut dalam menambah baik kualiti pengajaran di samping untuk tujuan reka bentuk dan semakan semula kurikulum.

(Disediakan Oleh: PP BPK)