Pusat Jaminan Kualiti (Kualiti-UKM)

Sistem Pengurusan Kualiti

  1. Apa itu ISO?
  2. Apa hubungan ISO 9001 dan Kualiti?
  3. Apakah hubungan ISO dan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM)?
  4. Apa Faedah-faedah ISO 9001?
  5. Apakah Skop SPK di UKM?

1. Apa itu ISO?

‍International Organization for Standardization (ISO) atau Pertubuhan Penstandardan Antarabangsa ialah Persekutuan Standard Kebangsaan (badan anggota ISO) di seluruh dunia. Ianya adalah pertubuhan yang membangunkan piawaian merangkumi pelbagai bidang untuk memastikan kualiti, keselamatan dan kecekapan produk, perkhidmatan dan sistem.

 

2. Apa hubungan ISO 9001 dan Kualiti?

ISO 9001 ialah piawai antarabangsa yang menjelaskan keperluan di dalam Sistem Pengurusan Kualiti. Ia diaplikasikan di dalam sesebuah organisasi bagi menunjukkan kemampuan untuk menghasilkan produk dan penyediaan perkhidmatan yang konsisten bersesuaian dengan kehendak pelanggan dan keperluan perundangan yang digunapakai. Pemakaian ISO menggalakkan pendekatan proses di dalam membangun, melaksana dan menambahbaik keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti.

 

3. Apakah hubungan ISO dan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM)?

ISO menyediakan asas yang kukuh bagi pelaksanaan TQM. TQM adalah satu proses pengurusan kualiti yang berasaskan kepada falsafah kualiti berorientasikan pelanggan, berjalan secara berterusan, melibatkan semua aspek organisasi dan memberi penekanan kepada kerja berpasukan. Aspek utama organisasi yang menjadi tumpuan TQM ialah sokongan pengurusan, perancangan strategik kualiti dan pengurusan proses. Sistem kualiti dan sistem kepastian kualiti yang diwujudkan melalui pelaksanaan ISO akan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan proses yang diberi tumpuan oleh TQM. Dengan demikian, pelaksanaan ISO boleh memantapkan usaha ke arah pelaksanaan TQM.

 

4. Apa Faedah-faedah ISO 9001?

Pelaksanaan ISO 9001 akan memberi faedah kepada organisasi termasuk:

    1. Mengurangkan tindakan pembetulan yang diambil selepas berlakunya sesuatu masalah.
    2. Membolehkan organisasi mengenalpasti tugas yang patut dijalankan serta memperincikan tindakan yang perlu diambil.
    3. Memberi kaedah bagi mendokumenkan secara tersusun amalan pengurusan dan cara bekerja.
    4. Membolehkan organisasi mengenalpasti dan mengatasi masalah serta mengelakkannya daripada berulang.
    5. Membolehkan staf menjalankan tugas mereka dengan betul pada kali pertama dan setiap kali (right at the first and everytime).
    6. Membolehkan organisasi membuktikan kepada pihak yang membuat penilaian bahawa perkhidmatan yang diberi dan sistem yang digunakan adalah terkawal.
    7. Membolehkan organisasi membuat keputusan dengan lebih baik melalui maklumat penting.

 

5. Apakah skop SPK di UKM?

Sistem Pengurusan Kualiti Pengurusan Pengajian dan Perkhidmatan (SPKPPP) UKM

Skop pensijilan di bawah SPKPPP UKM meliputi 31 PTj Akademik dan 27 PTj Perkhidmatan:

PTJ Akademik 

PTj Perkhidmatan