PROGRAM SIJIL PROFESIONAL PENJAMINAN KUALITI (Pembelajaran Dalam Talian)
HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (HPP)
HPP1: Mempamerkan kefahaman terhadap dasar penjaminan kualiti yang berkesan dalam mewujudkan proses kualiti yang lebih telus dan berintegriti di semua peringkat;
HPP2: Mengintegrasi dokumen penjaminan kualiti dalaman dan luaran serta inovasi dalam pendidikan bagi mengukuh kualiti proses teras dan penyampaian perkhidmatan;
HPP3: Mengadaptasi Kitaran Kualiti (PDCA) dan penambahbaikan berterusan menyeluruh;
HPP4: Memupuk kesedaran kualiti di kalangan peserta bagi memastikan Sistem Pengurusan Kualiti dan Pengurusan Risiko dihayati dan memenuhi jangkaan pelanggan.
PILIHAN PROGRAM SECARA MODUL
Program Sijil Profesional Penjaminan Kualiti Program dan Perkhidmatan menawarkan 2 modul seperti berikut:
MODUL AUDIT DAN AKREDITASI (4 KREDIT)
Yuran: RM1,600.00 (peserta luar UKM) | RM1200.00 (peserta staf UKM)
- Kursus Wajib : QQSP9111 – Dokumentasi Penjaminan Kualiti Program Pengajian
- Kursus Wajib : QQSP9211 – Reka Bentuk dan Semakan Program
- Kursus Wajib : QQSP9311 – Akreditasi Program Pengajian
- Kursus Pilihan : QQSP9411 – Sistem Pengurusan Kualiti (Akademik dan Perkhidmatan)
- Kursus Pilihan : QQSP9611 – Pengurusan Risiko
- 3 Kursus Wajib + 1 Kursus Pilihan = 4 Kredit
MODUL SISTEM PENGURUSAN KUALITI DAN RISIKO (3 KREDIT)
Yuran: RM1,200.00 (peserta luar UKM) | RM900.00 (peserta staf UKM)
- Kursus Wajib : QQSP9411 – Sistem Pengurusan Kualiti (Akademik dan Perkhidmatan)
- Kursus Wajib : QQSP9611 – Pengurusan Risiko
- Kursus Pilihan : QQSP9111 – Dokumentasi Penjaminan Kualiti Program Pengajian
- 2 Kursus Wajib + 1 Kursus Pilihan = 3 Kredit
PILIHAN KURSUS SECARA BERASINGAN
Program Sijil Profesional Penjaminan Kualiti Program dan Perkhidmatan menawarkan kursus secara berasingan, tanpa mengikuti modul yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, penganugerahan Sijil Profesional hanya akan diberikan apabila peserta telah melengkapkan keperluan kursus mengikut modul.
Yuran: RM450.00 (peserta luar UKM) | RM350.00 (peserta staf UKM)
- Kursus QQSP9111 – Dokumentasi Penjaminan Kualiti Program Pengajian
- Kursus QQSP9211 – Reka Bentuk dan Semakan Program
- Kursus QQSP9311 – Akreditasi Program Pengajian
- Kursus QQSP9411 – Sistem Pengurusan Kualiti (Akademik dan Perkhidmatan)
- Kursus QQSP9611 – Pengurusan Risiko
TENAGA PENGAJAR
PENDAFTARAN PROGRAM SIJIL PROFESIONAL PENJAMINAN KUALITI PROGRAM PENGAJIAN DAN PERKHIDMATAN SIRI 3/2024
Tarikh akhir pendaftaran adalah pada 01 September 2024. Sila klik SINI untuk mendaftar.