Pusat Jaminan Kualiti (Kualiti-UKM)

Sistem Pengurusan Kualiti

Latar Belakang

Program Kualiti di UKM bermula sejak tahun 1998 apabila Unit Pengurusan Kualiti (UPK) ditubuhkan dan diketuai oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohammed Noor Embi yang kemudiannya dinaiktaraf sebagai Pusat Pembangunan Akademik pada tahun 1999 bagi menguruskan Pensijilan MS ISO 9001:2000 bagi skop Pengajaran & Pembelajaran yang berjaya memperoleh pensijilan (Pengurusan Peperiksaan Prasiswazah – 2003 & Pengurusan Pengajian Siswazah- 2006). Ini adalah selaras dengan arahan kerajaan melalui Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA) yang dikeluarkan oleh pihak MAMPU iaitu:

  • PKPA Bil. 4/1991: Panduan Mengenai Peningkatan Kualiti Perkhidmatan Awam
  • PKPA Bil. 1/1992: Panduan Menguruskan Kualiti Menyeluruh (TQM) Perkhidmatan Awam
  • PKPA Bil. 2/1996: Garis Panduan Melaksanakan ISO9001:2000 dalam Perkhidmatan Awam
  • PKPA Bil. 1/2002: Garis Panduan Semakan Semula Prosedur dan Proses Kerja di Agensi Kerajaan

Walau bagaimanapun, PTJ perkhidmatan juga telah berjaya memperoleh pensijilan seperti berikut:

  • Jabatan Kewangan PPUKM (2001)
  • Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar (2002)
  • Jabatan Sumber Manusia, PPUKM (2003)

Mulai 2011 pensijilan MS ISO 9001:2008 bagi skop Pengajaran & Pengajaran dan Perkhidmatan diletakkan di bawah Pusat Jaminan Kualiti yang ditubuhkan pada 10 Februari 2011 (Kelulusan LPU Bil.1/2011).  Penubuhan PJK adalah selaras dengan cadangan Panel Penilai Audit Institusi MQA ke atas UKM pada 22-26 Mac 2010 untuk menubuhkan sebuah Pusat jaminan Kualiti yang akan mengendalikan Sistem jaminan Kualiti UKM yang lebih telus dan berintegriti.

Sebelum PJK ditubuhkan semua aktiviti kualiti UKM dikendalikan oleh PTJ di mana beberapa PTJ Perkhidmatan telah memperoleh pensijilan daripada Badan Pensijilan secara berperingkat seperti berikut:

MS ISO 9001:2008 : Perkhidmatan

  • Jabatan Pendaftar (AR 2759 – 2002)
  • Jabatan Bendahari (AR 3243 – 2004)
  • Perpustakaan (AR 3209 – 2004)
  • Pusat Teknologi Maklumat (AR 5238 – 2010)
  • Jabatan Perkhidmatan Pelajar (AR 5325 – 2010)
  • Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (KLR 0500281 – 2006 – Lloyds)

Penggabungan SPK PTJ Perkhidmatan berkuatkuasa 01 Mei 2012 dan memperoleh pensijilan bagi Sistem Pengurusan Kualiti Perkhidmatan [SPKP UKM: AR 5779 – 18 Januari 2013] dan UKM memperolehi Pensijilan Semula (SPK UKM: AR5779) untuk tempoh tiga (3) tahun bermula pada16 Mac 2016 sehingga 14 September 2018.

UKM secara rasmi telah melaksanakan pensijilan MS ISO 9001:2015 untuk Sistem Pengurusan Kualiti Perkhidmatan (SPKP-UKM : QMS02549 bermula pada 16 Mac 2016 dan dianugerahkan pensijilan semula untuk tempoh bermula 29 Mei 2019 hingga 28 Mei 2021.

Pengajaran dan Pembelajaran (SIRIM)

  • Pengurusan Peperiksaan Prasiwazah (AR 2845 – 2003)
  • Pengurusan Pengajian Siswazah (AR2845 – 2006)

Digabungkan menjadi Sistem Pengurusan Kualiti Pengurusan Prasiswazah dan Siswazah (SPKPPPS: AR 2845- 2009)

Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti Pengurusan Pengajian dan Perkhidmatan (SPKPPP)

a. SPKPPP telah mula dilaksanakan di UKM pada Januari 2023;

b. SPKPPP menjadi salah satu agenda dalam Pelan Strategik UKM 2021-2025 bagi menyokong pelaksanaan TERAS UKM melalui bitara iMinda dalam prakarsa Nilai dan Mutu;

c. Bagi membentuk kawalan dan jaminan kualiti yang lebih dinamik dan menggambarkan pensijilan ke atas fungsi utama UKM, SPKPPP mempunyai dua skop pensijilan iaitu:
1) Pengurusan Pengajian Prasiswazah dan Siswazah; dan
2) Pemberian Perkhidmatan Sokongan Pendidikan.

Kedua-dua skop pensijilan ini didukung oleh Prosedur Teras Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan Prosedur Teras Perkhidmatan;

c. Selain daripada proses teras, SPKPPP juga disokong oleh satu (1) Profil Kualiti, enam (6) Prosedur Kualiti dan 13 Prosedur Pengurusan.

(Dikemaskini : EK PJK)