[06/07/2018] Makluman Pengesahan UKM Kad Untuk Digunakan Semasa Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia ke-46

Saudara/i,

 

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia akan berlangsung pada 10 hingga 13 November 2018.

Untuk makluman saudara/i, mulai Konvokesyen ke-44 pada tahun 2016, kad matrik pelajar telah digunakan sebagai pengenalan untuk memaparkan gambar, nama dan maklumat pengajian pelajar di skrin layar semasa majlis konvokesyen berlangsung.

Sehubungan itu, saudara/i dikehendaki menguji kad matrik saudara/i di kaunter Pusat Kembangan Pendidikan mulai 9 Julai hingga 12 Oktober 2018 pada waktu operasi kaunter (Isnin – Jumaat).

Sekiranya saudara/i tidak mempunyai gambar di dalam SMPE atau ingin menukar kepada gambar yang baharu, saudara/i boleh mengemaskini  gambar tersebut secara web melalui laman web UKM Kad sehingga 14 September 2018. Bayaran RM15.00 akan dikenakan kepada saudara/i yang ingin menukar kepada kad matrik yang baharu. Jika saudara/i gagal untuk mengemaskini gambar, logo UKM akan dipamerkan sebagai ganti.

 

Sekian, untuk perhatian dan tindakan saudara/i. Terima Kasih.

 

[Surat Makluman Pengesahan UKM Kad]