[13/12/2019] Iklan Kekosongan Jawatan Pegawai Tadbir N41 (Kontrak) PKP

Iklan Jawatan Kosong di Pusat Kembangan Pendidikan (PKP), UKM –PEGAWAI TADBIR N41 (Kontrak)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi–institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  3. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  4. Boleh berkomunikasi dengan baik secara lisan dan bertulis di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Cara Mohon:
Sila hantar resume dan sijil-sijil yang berkaitan ke alamat: su@ukm.edu.my

Tarikh tutup permohonan: 16 Disember 2019

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dimajukan kepada Puan Suhani binti Ansilin di talian 03-8921 3495 / email: su@ukm.edu.my