UKMShape

(Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional)

Search
Close this search box.

| SDG 4 -Quality Education

| Learning Management System (LMS)

UKMFolio™ ialah Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) di UKM. Platform ini merupakan platform rasmi untuk UKM menjalankan aktiviti pembelajaran tak segerak untuk Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) berterusan serta peperiksaan dalam talian. Pengguna UKMFolio™ adalah pensyarah UKM, pensyarah sambilan, tutor, pelajar dan kakitangan bukan akademik.

https://ukmfolio.ukm.my/

VIP ialah sistem pengurusan pembelajaran yang dibangunkan khusus untuk pelaksanaan program Open and Distance Learning (ODL) di UKM. VIP membolehkan pengajar menawarkan kursus dalam talian, menambah tugasan dan memantau kemajuan pelajar. VIP juga membolehkan tenaga pengajar berkomunikasi dengan pelajar secara dua hala melalui forum dan perbincangan. .

https://odl.ukm.my/

eCourse merupakan sistem pengurusan pendaftaran dan pengurusan pembelajaran pelajar bagi kursus-kursus seperti Sijil professional, Micro-credential dan Kursus Pendek.

https://ecourse.ukm.my/

| Program

  • Program yang memberi peluang kepada lebih ramai pelajar untuk menyambung pengajian di UKM melalui saluran komersial.
  • Terdapat 71 program bagi Pengajian Prasiswazah UKMi seperti senarai berikut:
Fakulti Ekonomi & Pengurusan (FEP)
  • Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Keusahawanan dan Inovasi dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Perakaunan Dengan Kepujian
Fakulti Pengajian Islam (FPI)
  • Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian (Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah)
  • Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian (Pengajian Arab dan Tamadun Islam)
  • Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian (Pengajian Dakwah dan Kepimpinan)
  • Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian (Syariah)
  • Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian (Usuluddin dan Falsafah)
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK)
  • Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Antropologi dan Sosiologi)
  • Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Geografi)
  • Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Kerja Sosial)
  • Sarjana Muda Sains Sosial Dengan Kepujian (Komunikasi Media)
  • Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Linguistik)
  • Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Psikologi)
  • Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Sains Pembangunan)
  • Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Sains Politik)
  • Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Pengajian Bahasa Inggeris)
  • Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Pengajian Bahasa Melayu)
  • Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Pengajian Sastera dalam Bahasa Inggeris)
  • Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Persuratan Melayu)
  • Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Sejarah)
Fakulti Sains & Teknologi Maklumat (FTSM)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian (Pembangunan Sistem Multimedia) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian (Pembangunan Sistem Maklumat) dengan Kepujian
Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina (FKAB)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Awam Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains Seni Bina Dengan Kepujian
Fakulti Pendidikan (FPEND)
  • Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua)
  • Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian (Pendidikan Khas)
  • Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian (Sukan dan Rekreasi)
Fakulti Perubatan (FPER)
  • Ijazah Doktor Perubatan
  • Ijazah Doktor Perubatan Kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – Universitas Padjadjaran (UNPAD), Indonesia
  • Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan dengan Kepujian
Fakulti Sains Kesihatan (FSK)
  • Sarjana Muda Audiologi dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Dietetik Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Optometri Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains Bioperubatan dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains Forensik dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains Forensik dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains Pertuturan dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains Pertuturan dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Fisioterapi dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan dengan Kepujian
Fakulti Sains & Teknologi (FST)
  • Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Bioinformatik)
  • Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Bahan)
  • Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Sekitaran)
  • Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Biokimia)
  • Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Biologi)
  • Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Bioteknologi Tumbuhan)
  • Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Fizik)
  • Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Genetik)
  • Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Geologi)
  • Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Kimia)
  • Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Matematik)
  • Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Mikrobiologi)
  • Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Aktuari)
  • Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Laut)
  • Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Makanan dan Pemakanan)
  • Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Makanan dengan Pengurusan Perniagaan)
  • Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Nuklear)
  • Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Statistik)
  • Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Teknologi kimia)
Fakulti Undang-undang (FUU)
  • Sarjana Muda Undang-Undang Dengan Kepujian
Fakulti Pergigian (FGG)
  • Ijazah Doktor Pergigian
Fakulti Farmasi (FFAR)
  • Sarjana Muda Farmasi dengan Kepujian
Pusat Pengajian Citra Universiti (CITRA)
  • Sarjana Muda Sains Citra dengan Kepujian 
Eksekutif & PBJJ
  • Program Eksekutif (E) dan Program Pengajian Berterusan Jarak Jauh (PBJJ) merupakan salah satu bentuk mod program pengajian yang ditawarkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
  • Program ini direka khusus untuk memenuhi keperluan pekerja atau eksekutif yang ingin meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan peluang di masa hadapan. Dengan erti kata lain menyokong Pembelajaran Sepanjang Hayat.
  • Program Eksekutif/PBJJ di UKM ditawarkan melalui cara kerja kursus dengan jadual kuliah yang fleksibel dimana kaedah pembelajaran adalah secara bersemuka dan dalam talian.
  • Terdapat 16 program bagi Pengajian Prasiswazah Eksekutif & PBJJ seperti senarai berikut:
Fakulti Ekonomi & Pengurusan (FEP)
  • Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Perakaunan Dengan Kepujian
Fakulti Pengajian Islam (FPI)
  • Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian (Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah)
  • Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian (Pengajian Arab dan Tamadun Islam)
  • Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian (Pengajian Dakwah dan Kepimpinan)
  • Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian (Syariah)
  • Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian (Usuluddin dan Falsafah)
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK)
  • Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Geografi)
  • Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Psikologi)
  • Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Komunikasi Media)
  • Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Pengajian Bahasa Inggeris)
  • Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Pengajian Bahasa Melayu)
  • Sarjana Muda Sains Sosial Dengan Kepujian (Sains Pembangunan)
Fakulti Sains & Teknologi Maklumat (FTSM)
  • Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian (Pembangunan Sistem Multimedia) dengan Kepujian
  • Terdapat 70 program bagi Pengajian Pascasiswazah Eksekutif seperti senarai berikut:
Fakulti Ekonomi & Pengurusan (FEP)
  • Sarjana Ekonomi Islam
  • Sarjana Keusahawanan dan Inovasi
  • Sarjana Pentadbiran Awam dan Kepimpinan
  • Sarjana Perakaunan
Fakulti Pengajian Islam (FPI)
  • Diploma Pascasiswazah Kehakiman dan Guaman Islam
  • Sarjana Pengajian Islam (Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah)
  • Sarjana Pengajian Islam (Pengajian Arab dan Tamadun Islam)
  • Sarjana Pengajian Islam (Pengajian Dakwah dan Kepimpinan)
  • Sarjana Pengajian Islam (Syariah)
  • Sarjana Pengajian Islam (Usuluddin dan Falsafah)
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK)
  • Diploma Pascasiswazah Kerja Sosial
  • Diploma Siswazah Sains Kepolisan
  • Sarjana Komunikasi Strategik
  • Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan)
  • Sarjana Sains Sosial (Pengajian Strategi dan Diplomasi)
  • Sarjana Sastera (Psikologi Industri dan Organisasi)
Fakulti Sains & Teknologi Maklumat (FTSM)
  • Sarjana Informatik Kesihatan
  • Sarjana Keselamatan Siber
  • Sarjana Sains Data
  • Sarjana Sains Komputer (Kecerdasan Buatan)
  • Sarjana Sains Komputer (Teknologi Perisian)
  • Sarjana Sains Komputer (Teknologi Rangkaian)
  • Sarjana Sistem Maklumat
  • Sarjana Teknologi Maklumat (Sains Maklumat) / Sarjana Sains Maklumat
  • Sarjana Teknologi Maklumat (Sistem Multimedia) / Sarjana Teknologi Media Kreatif
Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina (FKAB)
  • Sarjana Kejuruteraan Awam
  • Sarjana Kejuruteraan Kimia
  • Sarjana Kejuruteraan Komunikasi dan Komputer
  • Sarjana Kejuruteraan Mekanikal
  • Sarjana Kejuruteraan Mikroelektronik
  • Sarjana Kejuruteraan Sekitaran
  • Sarjana Kejuruteraan Sistem Komunikasi
  • Sarjana Pengurusan Teknologi Industri
  • Sarjana Sains Pendidikan Kejuruteraan
Fakulti Pendidikan (FPEND)
  • Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI)
  • Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)
  • Sarjana Pendidikan (Kurikulum & Pedagogi)
  • Sarjana Pendidikan (Pendidikan Bahasa Arab)
  • Sarjana Pendidikan (Pendidikan Bahasa Melayu)
  • Sarjana Pendidikan (Pendidikan Ekonomi)
  • Sarjana Pendidikan (Pendidikan Islam)
  • Sarjana Pendidikan (Pendidikan Khas)
  • Sarjana Pendidikan (Pendidikan Komputer)
  • Sarjana Pendidikan (Pendidikan Matematik)
  • Sarjana Pendidikan (Pendidikan Perniagaan dan Keusahawanan)
  • Sarjana Pendidikan (Pendidikan Prasekolah)
  • Sarjana Pendidikan (Pendidikan Sains)
  • Sarjana Pendidikan (Pendidikan Sejarah)
  • Sarjana Pendidikan (Pendidikan Sosiologi)
  • Sarjana Pendidikan (Pendidikan Sukan)
    Sarjana Pendidikan (Pentadbiran Pendidikan)
  • Sarjana Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL))
  • Sarjana Pendidikan (Pengukuran dan Penilaian)
  • Sarjana Pendidikan (Pengurusan Sukan)
    Sarjana Pendidikan (Psikologi Pendidikan)
  • Sarjana Pendidikan (Sastera)
  • Sarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan)
  • Sarjana Pendidikan (Sumber dan Teknologi Maklumat)
  • Doktor Pendidikan Tinggi
Fakulti Perubatan (FPER)
  • Diploma Pascasiswazah Embriologi Klinikal
  • Sarjana Sains Kesihatan Masyarakat (Kesihatan Pekerjaan)
  • Sarjana Sains Kesihatan Masyarakat (Pengurusan Hospital dan Ekonomi Kesihatan)
Fakulti Sains Kesihatan (FSK)
  • Doktor Falsafah – Program Pesisir
Fakulti Sains & Teknologi (FST)
  • Diploma Eksekutif Pengurusan Kebersihan dan Keselamatan Makanan
  • Sarjana Pengurusan Keselamatan Industri
  • Sarjana Sains (Keselamatan, Sekuriti dan Kawalgunaan Nuklear)
  • Sarjana Sains (Peningkatan Kualiti dan Produktiviti)
  • Sarjana Sains (Sains Data dan Analitik)
Fakulti Undang-undang (FUU)
  • Sarjana Undang-Undang
Institut Sel Fuel (SELFUEL)
  • Sarjana Sains Teknologi Karbon Rendah dan Hidrogen
  • Penawaran program ini dapat membuka ruang untuk semua golongan guru untuk menyambung pengajian tanpa perlu bercuti dengan fleksibiliti masa yang ada.
  • STATISTIK PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI)
    • Enrolmen Pelajar Mengikut Semester
  • STATISTIK PROGRAM SARJANA (EKSEKUTIF – MOD CUTI SEKOLAH)
    • Bilangan Pelajar Baharu Mendaftar Mengikut Semester
    • Enrolmen Pelajar Mengikut Semester
    • Bilangan Graduan Mengikut Tahun
  • Program secara eksekutif yang dibangunkan khusus bagi memenuhi keperluan peningkatan kompetensi diri dan laluan kerjaya pegawai polis.
  • Program yang ditawarkan adalah seperti berikut:
    • Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan)
    • Diploma Siswazah Sains Kepolisan
  • Pelaksanaan program seperti ini dibangunkan mengikut spesifikasi dan keperluan agensi tersebut agar lebih fokus kepada kumpulan sasaran dan output program, selain menyediakan platform yang fleksibel kepada golongan bekerja.
  • Program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) dan Program Diploma Siswazah Sains Kepolisan
2021
Semester 2 2020/2021 Semester 1 2021/2022
35 69
  • Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh atau lebih dikenali sebagai Open and Distance Learning (ODL) merujuk kepada mod penyampaian yang bersifat fleksibel dan mudah diakses berbanding mod konvensional. 
  • Terdapat tiga (3) program bagi Pengajian Prasiswazah & Pascasiswazah seperti senarai berikut:
Fakulti Pendidikan (FPEND)
  • Sarjana Pendidikan dalam Pengajian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua
  • Sarjana Pendidikan dalam Teknologi Pendidikan
Fakulti Pengajian Islam (FPI)
  • Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian (Usuluddin dan Falsafah)
  • Program ODL membolehkan akses  pendidikan disebar luas kepada golongan yang mempunyai kekangan untuk mengikuti pengajian  dan menghadiri kuliah secara fizikal.
  • Antara keistimewaan yang dinikmati pelajar ODL ialah bahan pembelajaran kendiri dilengkapi dengan  latihan pengukuhan dibekalkan pada awal semester  membolehkan pelajar menyelesaikan pembelajaran secara sistematik melalui platform pembelajaran yang interaktif.
  • Pelajar ODL berinteraksi secara berterusan melalui aktiviti pembelajaran tidak segerak (asynchronous) dan disokong dengan sesi segerak (synchronous) bersama tenaga pengajar.
  • Kehadiran untuk pertemuan segerak tidak diwajibkan sebaliknya pelajar yang tidak dapat hadir, akan dibekalkan dengan rakaman sesi  segerak (synchronous) tersebut bagi memastikan tiada keciciran maklumat.
  • Penilaian dalam program ODL kebanyakan bersifat project-based dan memberikan penekanan kepada kemahiran pelajar untuk mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam konteks kerja seharian.
  • Walaupun program ODL dilaksanakan sepenuhnya dalam talian, khidmat sokongan khusus untuk pelajar ODL diwujudkan melalui saluran meja bantuan (helpdesk ODL) oleh kumpulan pengajar dan pentadbir yang diharapkan dapat mengurangkan perasaan terasing dalam kalangan pelajar di sepanjang pengajian mereka. 
  • Secara kesimpulannya, program ODL menyediakan ekosistem pembelajaran yang kondusif untuk pelajar dewasa terutamanya golongan bekerja seiring dengan keperluan pelajar di abad ke-21 dan turut mendukung falsafah pembelajaran sepanjang hayat.
  • Merupakan format pembelajaran yang ditawarkan dalam unit-unit yang kecil. Penawaran kursus Micro-credential (MC) sangat bersesuaian bagi memenuhi keperluan golongan bekerja dalam mengikuti kemahiran selari dengan tuntutan kerja mereka seharian. Kursus-kursus MC terbuka kepada semua had umur tanpa mengira latar belakang akademik.
  • Terdapat 2 jenis MC yang dipraktiskan di UKM:

1. Micro-credential bagi kursus berasaskan program pengajian akademik.

2. Micro-credential tunggal

  • Durasi pembelajaran yang singkat memberikan ruang pembelajaran yang fleksibel dari sudut masa di mana pelajar boleh merancang jadual pembelajaran sendiri memandangkan konsep pembelajaran dalam MC adalah bersifat pembelajaran kendiri.
  • Bagi setiap kursus MC yang diikuti, pelajar boleh memperoleh kredit pembelajaran dan boleh dikumpulkan akhirnya dianugerahkan ijazah penuh.
  • Terdapat 13 program bagi Program MC:
Fakulti Ekonomi & Pengurusan (FEP)
  • Micro-credential Pengantar Pemasaran
Fakulti Pengajian Islam (FPI)
  • Micro-Credential Metodologi Dakwah
  • Micro-Credential Sains dan Teknologi Tamadun Islam
  • Micro-Credential Ilmu Takhrij
  • Micro-Credential Bahasa Arab Praktikal
  • Micro-Credential Perkamusan Arab
Fakulti Sains Kesihatan (FSK)
  • Micro-Credential Kaedah Penyelidikan dan Biostatik Dalam Sains Kesihatan
  • Micro-Credential Pendekatan One Health Dalam Pengurusan Penyakit
Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)
  • Micro-credential Asas Nano Peranti
Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI)
  • Micro-credential RNA Universe dan Transkriptomik
Institut Biologi Sistem (INBIOSIS)
  • Micro-credential Pengenalan kepada Analisis Omik
  • Micro-credential Transkriptomik Lanjutan Dan Aplikasi
  • Micro-credential Pengenalan Kepada Biologi Sintetik
  • Di UKMShape, penawaran Sijil Profesional dilaksanakan dalam dua (2) kaedah iaitu secara terbuka kepada umum dan secara bersasar.
  • Sijil Profesional UKM merupakan program pendidikan bukan formal (non- formal education) berbentuk pembangunan pengetahuan dan kemahiran setaraf dengan Tahap 4-7 Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) yang ditawarkan untuk memberikan nilai tambah kepada pengetahuan dan kemahiran ikhtisas dan profesional individu untuk melaksanakan tugas tertentu.
  • Program ini berbeza dengan Sijil Kemahiran Tahap 1-3 MQF yang ditawarkan secara formal oleh institut pendidikan vokasional dan teknikal. Pihak yang menerima pembelajaran melalui program ini dirujuk sebagai ‘pelajar’.
  • Senarai 11 Sijil Profesional yang ditawarkan:
    • Sijil Profesional Pengurusan Kewangan
    • Sijil Profesional Penuaan & Rehabilitasi Geriatrik
    • Sijil Profesional Halal Pharmapreneur
    • Sijil Profesional Terapi Verbal-Auditori
    • Sijil Profesional Ultrasound Obstetrik & Ginekologi
    • Sijil Profesional Pengurusan Sikap Pekerjaan
    • Sijil Profesional Pemprofilan Pengurusan Personel
    • Sijil Profesional Analitik Data
    • Sijil Profesional Keselamatan Siber
    • Sijil Profesional Kaunseling Penyakit Makula
    • Sijil Profesional Pembelajaran Kemahiran TVET Abad ke-21
  • APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) ialah satu proses sistematik yang melibatkan PENGENALAN, DOKUMENTASI, dan PENILAIAN pengalaman terdahulu yang berkaitan dengan sesuatu program pengajian.
APEL A (Akses)APEL C (Penganugerahan Kredit )APEL Q (Award of Academic Qualifications)
  • APEL.A didefinisikan sebagai satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu, seperti ilmu pengetahuan, kemahiran, dan sikap bagi menentukan tahap di mana seseorang individu telah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan, sebagai akses kepada sesuatu program pengajian dan/atau penganugerahan kredit.
  • Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu bagi Tujuan Penganugerahan Kredit [APEL.C] adalah proses penilaian pembelajaran (pembelajaran formal dan/atau pembelajaran bukan formal dan/atau pembelajaran tidak formal) seseorang individu berdasarkan pengalaman terkumpul (pengetahuan dan kemahiran) untuk mendapatkan pindah kredit bagi kursus dalam program yang sedang diikuti.
  • APEL Q Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu bagi Tujuan Penganugerahan Kelayakan [APEL.Q] adalah proses penilaian pembelajaran (formal / tidak formal / bukan formal) seseorang individu berdasarkan pengalaman terkumpul (pengetahuan dan kemahiran) untuk mendapatkan kelayakan akademik bagi program yang dimohon.
  • APEL.A memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi.
  • Penekanan harus diberi kepada konsep utama APEL.C iaitu penilaian ke atas kebolehan individu tersebut untuk menggunakan pembelajaran yang dicapai melalui pengalamannya dalam mencapai hasil pembelajaran sesuatu kursus
  • Penekanan harus diberi kepada konsep utama APEL.Q iaitu penilaian ke atas kebolehan individu tersebut untuk menggunakan pembelajaran yang dicapai melalui pengalamannya dalam mencapai hasil pembelajaran atau badan pengetahuan sesuatu program.
  • Secara umumnya, penilaian APEL.A melibatkan penilaian terhadap ilmu yang diperoleh oleh seseorang menerusi pendidikan formal mahupun menerusi pengalaman terdahulu.
  
  • Terdapat dua (2) program bagi Pengajian Pascasiswazah seperti senarai berikut:
Fakulti Sains & Teknologi (FST)
  • Sarjana Keselamatan Siber
Fakulti Sains & Teknologi Maklumat (FTSM)
  • Sarjana Pengurusan Keselamatan Industri
ASASlpintar
  • Program ASASlpintar di bawah Pusat Permata@Pintar Negara, UKM merupakan program pra-universiti untuk pelajar terpilih yang mempunyai potensi intelek yang tinggi dan mempunyai bakat yang besar.
  • Program berdurasi selama 1 tahun ini turut menekankan kepada pembangunan pelajar secara menyeluruh bagi memastikan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial pelajar dapat dipertingkatkan.
  • Program ini turut menawarkan kurikulum yang menggabungkan teori dan praktikal serta kursus penyelidikan yang meningkatkan keupayaan pelajar untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang yang pelajar minati. Pembudayaan ilmu yang mencabar serta inovasi terkini merupakan tunjang program ASASlpintar.
  • STATISTIK ENROLMEN PELAJAR ASASIPINTAR MENGIKUT TAHUN
  • STATISTIK BILANGAN GRADUAN ASASIPINTAR 2022-2023

| Aktiviti (Tahun 2022 - 2024)

[27|03|2024] Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menghadiri Ekspo Pendidikan Malaysia
27 Mac 2024
Pada tanggal 27 Mac 2024, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menghadiri Ekspo Pendidikan Malaysia yang bertempat di Hotel Hallmark, Jordan. Program ini diwakili oleh Prof Madya Dr Jady Hassim, Dekan Fakulti Undang-Undang dan Pengurus Projek UKMi En Mohd Akmal Harith dari UKMShape. Program yang menampilkan sebanyak 10 IPT di seluruh Malaysia dengan kehadiran prospek melebihi 400 orang ini dirasmikan sendiri oleh Duta Besar Malaysia ke Jordan iaitu, TYT Mohamad Nasri Abdul Rahman dan Pengarah Education Malaysia Jordan, Prof Madya Dr Radzuwan Ab Rashid.
Sebahagian besar prospek yang hadir berminat untuk menyambung pengajian pascasiswazah dalam pelbagai bidang dan UKM semestinya menjadi antara pilihan utama mereka kerana faktor ranking, kualiti pengajaran dan pengurusan, serta lokasinya yang turut strategik. Beberapa alumni yang kini telah berjaya dalam bidang masing-masing turut hadir memeriahkan program tersebut.
Pada 28-29 Mac akan datang, UKM akan berada di Safat, Kuwait pula bagi mempromosikan program-program akademik yang ditawarkan bagi ambilan 2024.
Image 1
Image 2
Image 3
Image 4
Image 5
Image 6
Image 7
Image 8
Image 9
Image 10
Image 11
Image 12
[29|02|2024] Kunjungan dari Prof. Madya Dr. Brian Masshardt, dari School of Liberal Arts & Science
29 Februari 2024
 
Prof. Madya Dr. Brian Masshardt, dari School of Liberal Arts & Science yang juga merupakan Director East Asian Studies Program di Musashi Universiti, Jepun telah berkunjung ke UKMShape pada 29 Februari 2024, dalam lawatan selama 2 hari ke Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM.
Sesi lawatan yang diadakan di Bilik Pujangga 3, UKMShape itu dimulai dengan kata alu-aluan daripada Prof. Madya Dr Fariza Binti Khalid, Timbalan Pengarah I (Akademik dan Pengembangan Program) kemudian diikuti dengan perkongsian lanjut mengenai program-program yang ditawarkan di UKMShape seperti Sijil profesional, Micro-Credential, Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (ODL) serta Lawatan Sambil Belajar.
Seramai 8 orang pegawai dan penolong pegawai daripada Unit Sijil Profesional & Micro-Credential dan Unit Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (ODL) hadir bagi mengalu-alukan kedatangan Prof. Madya Dr. Brian Masshardt. Lawatan yang diadakan selama sejam itu diakhiri dengan perkongsian idea dan pengalaman daripada kedua-dua pihak.
UKMShape berharap lawatan ini dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak dalam memastikan potensi kerjasama pada masa yang akan datang.
May be an image of 7 peopleMay be an image of 2 people and people studyingMay be an image of 1 person and studying
May be an image of 4 people, people studying and tableMay be an image of 2 people, television, dais and textMay be an image of 5 people, people studying and table
   
[28|02|2024] Kunjungan Hormat Wakil-wakil dari Universiti-Universiti APAC
28 Februari 2024
 
UKMShape berbesar hati menerima kunjungan hormat wakil-wakil dari Universiti-Universiti APAC yang melawat UKMShape untuk mendapatkan penerangan mendalam tentang peranan penting UKMSHAPE di UKM, strategi pengambilan dan penerimaan pelajar antarabangsa, dan juga penawaran program yang komprehensif di UKM.
Melalui lawatan dan interaksi sebegini, pihak univsersiti dapat memperkuatkan rangkaian global, berkongsi dan bertukar pandangan mengenai pendidikan tinggi, dan juga menyumbang kepada peningkatan yang positif dalam pendidikan di serata rantau Asia-Pasifik. Program seperti ini juga dapat membantu pertukaran kepakaran, dan mendorong pembentukan komuniti pendidik yang dinamik.
Semoga kunjungan hormat dari Universiti-Universiti APAC, dapat meningkatkan komitmen UKMShape terhadap kecemerlangan akademik, kejayaan pelajar, dan kemajuan pendidikan tinggi di peringkat global.
No photo description available.No photo description available.No photo description available.
No photo description available.No photo description available.No photo description available.
No photo description available.  
[22|02|2024] Lawatan Penandaarasan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)
22 Februari 2024
 
UKMShape telah menerima Lawatan Penandaarasan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) bagi tujuan perkongsian pengalaman dari segi sistem yang digunakan dan membincangkan mengenai pelaksanaan program Open and Distance Learning (ODL) di UKM.
Delegasi dari UNISZA terdiri daripada Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Adzim Khalili Bin Rohin selaku Pengarah, Dr. Hanif Bin Md Lateh @ Junid, Timbalan Pengarah (Pemindahan Ilmu), Dr. Aznida Hayati Binti Zakaria @ Mohamad, Timbalan Pengarah (Pendidikan Berterusan) dan Dr. Mispan Bin Mangon, Pensyarah Universiti. Ahli yang turut serta dalam lawatan ini ialah Encik Najmuddin Bin Mohamed Sarawi, Penolong Pendaftar Kanan, Puan Nur Fatin Hanani Binti Imran, Penolong Pendaftar dan Encik Talhah Bin Abdul Rahman, Penolong Pegawai Tadbir Kanan.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Jamalul Lail Bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah Ill (Pembangunan Program dan Pemasaran), Puan Nurziyanti Binti Mohamad Khan, Pengurus Projek ODL UKM. Manakala dari Pereka Bentuk Pengajaran ODL, Puan Zulfarina Binti Zulkeple dan Puan Wan Nur Syahira Binti Wan Ali. Turut serta, Cik Norhidayah Binti Nooridin selaku Pegawai Pemasaran ODL, Encik Muhammad Akmal Hakim Bin Adnan selaku Penolong Pendaftar dan Cik Normazwina Balqis Binti Mokhtar selaku Penolong Pegawai Tadbir ODL.
Semoga lawatan ini dapat memberikan manfaat yang besar dan memberi input positif kepada UNISZA bagi membangunkan program ODL pada masa akan datang.
No photo description available.No photo description available.No photo description available.
No photo description available.No photo description available.No photo description available.
No photo description available.No photo description available. 
[22|02|2024] Lawatan dari An Namiroh Junior and Senior High School Pekanbaru, Indonesia
22 Februari 2024
 
Pelajar dari An Namiroh Junior and Senior High School Pekanbaru, Indonesia telah melawat UKMShape untuk mendapatkan penerangan, pengenalan, dan maklumat mengenai syarat-syarat bagi menyambung pengajian ke UKM. Lawatan tersebut melibatkan sesi taklimat yang diberikan oleh wakil UKMShape, En. Muhamad Aizat Bin Mohd Azmi, di mana pelajar-pelajar diberikan penerangan mendalam mengenai program-program pengajian yang ditawarkan, infrastruktur universiti, dan peluang-peluang pembelajaran.
Dalam taklimat tersebut, pelajar-pelajar juga diberikan gambaran yang jelas tentang syarat-syarat kemasukan, termasuk keperluan akademik dan proses permohonan.
Pelajar-pelajar sekolah tersebut berpeluang bertanya soalan dan mendapatkan jawapan daripada wakil UKMShape, yang membantu mereka untuk membuat keputusan yang lebih baik mengenai langkah seterusnya dalam pendidikan tinggi.
Semoga lawatan ini memberikan pengalaman yang bermanfaat dan membuka peluang-peluang baru bagi pelajar-pelajar tersebut dalam mengejar pendidikan
diperingkat universiti.
No photo description available.No photo description available.No photo description available.
No photo description available.No photo description available.No photo description available.
No photo description available.No photo description available.No photo description available.
[14|02|2024] Lawatan dari SMA Islam Terpadu Raudhatul Jannah, Indonesia
14 Februari 2024
 
UKMShape menerima lawatan dari SMA Islam Terpadu Raudhatul Jannah, Indonesia pada 14 Feb 2024 bertempat di Bangunan UKMShape. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar SMA Islam Terpadu Raudhatul Jannah mengenai Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga peluang bagi melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Semoga perkongsian yang diberikan akan memberikan impak yang positif kepada semua pelajar yang hadir.
No photo description available.No photo description available.No photo description available.
No photo description available.No photo description available.No photo description available.
No photo description available.No photo description available.No photo description available.
[09|02|2024] Lawatan dari International Islamic Studies Development and Research Center (IISDRC) & Pimpinan Perguruan Tinggi Islam Negeri Sumatera Barat Indonesia
9 Februari 2024
UKMShape menerima lawatan dari International Islamic Studies Development and Research Center (IISDRC) & Pimpinan Perguruan Tinggi Islam Negeri Sumatera Barat Indonesia pada 9 Feb 2024 bertempat di Bangunan UKMShape.
Tujuan lawatan ini adalah untuk membincangkan peluang kemasukan Pascasiwazah – Master dan juga PhD ke UKM bagi pensyarah-pensyarah perguruan tinggi Islam yang ada di Negeri Sumatera Barat Indonesia.
Delegasi dari IISDRC seramai 16 orang yang merupakan Rektor, Pengetua dan juga Pensyarah dari Universitas dan Sekolah Tinggi Agama di sekitar Sumatera Barat.
Manakala, UKMShape diwakili oleh YBrs. En. Jamalul Lail Bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah III (Pembangunan Program dan Pemasaran), Puan Nur Farhana Jaafar Sidek dari Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Puan Nur Shafizza Saidon dari Unit Komunikasi Korporat.
Turut serta di dalam perbincangan tersebut adalah YBhg. Prof Madya Dr. Ahmad Sunawari Long, Dekan Fakulti Pengajian Islam UKM, YBhg. Prof. Dr. Kadaruddin Aiyub, Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM dan Dr. Hafizah dari Fakulti Pendidikan UKM.
Semoga lawatan dan perbincangan ini memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak dan membawa kepada terjalinnya kerjasama yang baik pada masa yang akan datang.
 
No photo description available.No photo description available.No photo description available.
No photo description available.No photo description available.No photo description available.
No photo description available.No photo description available.No photo description available.
[02|02|2024] Kunjungan Hormat Universiti Utara Malaysia (UUM)
2 Februari 2024

UKMShape telah menerima kunjungan hormat dari Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi tujuan membincangkan potensi jalinan kerjasama yang boleh diadakan antara UKMShape dan UUM.

Delegasi dari UUM terdiri daripada YBrs. Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan selaku Naib Canselor UUM, Encik Mohd Zuhri Abdullah -Ahli Lembaga Pengarah UUM, Encik Azman Hisham Che Do- Ketua Pegawai Eksekutif Uniutama Managements Holdings Sdn. Bhd., Dr. Mohd. Herry Mohd Nasir-Pengurus Besar Uniutama Education and Consultancy Sdn. Bhd. dan juga Encik Muhammad Andzarwir Bin Zakaria-Pegawai Khas Ahli Lembaga Pengarah UUM.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Naib Canselor UKM-YBhg. Profesor Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, didampingi oleh YBhg. Prof. Datuk Muhammad Bin Hussin selaku Pengarah UKMShape, Encik Jamalul Lail Bin Abdul Wahab- Timbalan Pengarah III (Pembangunan Program dan Pemasaran), Encik Muhammad Haniff Bin Rahmat- Ketua Bahagian Pembangunan Perniagaan, Cik Nurul Afiqah Binti Omar dari Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Puan Nur Shafizza Binti Saidon – Unit Komunikasi Korporat.
Semoga kunjungan ini akan membuahkan kerjasama yang dapat memberikan manfaat yang besar dan memberi sumbangan yang positif kepada perkembangan UKMShape dan juga UUM.
[05|05|2024] Program Jom Masuk U 2024

 05 Mei 2024

Program tahunan yang sering dinantikan oleh semua bakal pelajar Universiti telah bermula pada 4 Mei 2024. Program Jom Masuk U 2024 bermula di lokasi pertama Zon Tengah 1, UiTM Kampus Seri Iskandar dan telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi.
Reruai pameran UKM diwakili oleh Pusat Pengurusan Akademik (AKADEMIK UKM) dan juga pasukan pemasaran UKMShape.
Turut hadir sama pada majlis perasmian Program Jom Masuk U 2024 adalah YBrs. Prof Madya Dr. Irman Abdul Rahman, Pengarah AKADEMIK UKM.
Apa tunggu lagi jom masuk UKM!
 
May be an image of 5 people and textMay be an image of 3 people, dais and textMay be an image of 4 people and text that says "Tan INIVERSIT tfBLsARSEN UKMSHAPE UKM UKMSHAPE Education ATAN KITA THE UKN NATIONAL UNIVERSITY OF MALAYSIA TOP TPROLLIVERSITY IVERSITY 5 UKM"
May be an image of 7 people and text that says "口本口 UAnTaIn Meori NS ATAN T MALAYSIA XИ2K KARATU W SAKARS IEN Kag ATAN KITA UKM. UKMSHAPE PE TИE NATIONAL UNIVERSITY PROGRA DP EK FPEND LNIVER UKM REMEND JUKM UKM PPLI UKM OPL! 이K UKM"May be an image of 9 people and text that says "SIMPANAN IMPANANNASIONAL(BSN) NASIONAL (BSN) UKMSHAPE SIS MALAYSIA ご間0 PEG0EOS 80000 UKMSHAPE UKMSH ITV OLAYSIA KMSHAPE KM KMSHAPE"May be an image of 9 people and text
May be an image of 9 people and text that says "DESN UKMSHAPE SUSN JUSN SESN Meлyy EE1EOS UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) s IT UKMSHAPE ATAN TEMETORLOMESTVEMEE THE NATIONAL UNIVERSITY OF BLAVSIB PEND ATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN UNIVERSITIKEBANGSAANMALA MALA EK 55 OMA 3KAM AN 56"  
   
[25|04|2024] program PERMATA@Pintar Antarabangsa hari ini di Pusat PERMATA@Pintar Negara.

 25 April 2024

Raja Muda Selangor, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan melancarkan program PERMATA@Pintar Antarabangsa hari ini di Pusat PERMATA@Pintar Negara.
Keberangkatan tiba Raja Muda Selangor telah disambut oleh Naib Canselor, Prof.Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman.
Program PERMATA@Pintar Antarabangsa merupakan usaha yang bertujuan mengembangkan pendidikan pintar dan berbakat secara komprehensif, dimulai dari pencarian pelajar yang berbakat hingga mencapai tahap pra-universiti secara antarabangsa.
Pengambilan pelajar untuk program pra-universiti PERMATA@Pintar Antarabangsa dijadualkan pada hujung tahun ini, dengan penerimaan sebanyak 300 orang pelajar.
Raja Muda Selangor juga berkenan melawat reruai pameran yang dikendalikan oleh pelajar PERMATA@Pintar dan Pusat Tangungjawab UKM.
Bersempena dengan lawatan Raja Muda Selangor melalui program Gagasan Rumpun Selangor di daerah Hulu Langat, telah berlangsung pelancaran program PERMATA@Pintar Antarabangsa. Terdahulu, Raja Muda Selangor telah mengunjungi beberapa tempat lain di Daerah Hulu Langat untuk memperkukuh semangat perpaduan nasional dan sistem masyarakat di negeri ini.
Turut hadir dalam acara ini adalah, Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Rizam Ismail; Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Prof. Dr. Bariah Mohd Ali; Pegawai Daerah Hulu Langat, Dato’ Haji Mohd Jusni Hashim; Orang Besar Daerah Hulu Langat, Dato’ Orang Kaya To’ Engku Maha Bijaya Hulu Langat Dato’ Haji Rosli Othman; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang, Tuan Nazli Md. Taib dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dato’ Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin.
May be an image of 4 people and text
No photo description available.May be an image of 5 people, ambulance and textMay be an image of 12 people, dais and text
May be an image of 5 people, dais and textMay be an image of 9 people, dais and textMay be an image of 10 people, dais and text
   
   
[05|02|2024] Hari Informasi UKM Ambilan Mac 2024
5 Februari 2024

Program Hari Informasi UKM Ambilan Mac 2024 adalah acara promosi tahunan yang dianjurkan oleh UKMShape untuk pengambilan bulan Mac. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak, Pengerusi Lembaga Pengarah UKM. Naib Canselor UKM, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman juga turut sama-sama hadir ke majlis ini.

Majlis Perasmian turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran 129 pelajar dari beberapa buah sekolah menengah di sekitar Bangi. Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar dan Alumni- Prof. Madya Dr. Mohd. Suzeren Md Jamil, TNC Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat- Prof. Dato’ Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin dan Pengarah UKMShape- Prof. Datuk Dr. Muhammad Bin Hussin.
Objektif utama acara ini adalah menyediakan maklumat tentang pendidikan tinggi di UKM kepada prospek yang berminat untuk melanjutkan pengajian tinggi di UKM. Hari Informasi UKM Ambilan Mac 2024 ini terbuka kepada orang ramai, terutama lepasan SPM, STPM, O-Level, A-Level, dan ibu bapa.
Pelajar dapat berinteraksi dengan ahli akademik dari pelbagai fakulti, mendapatkan maklumat tentang kursus dan prospek kerjaya, sambil menikmati pelbagai promosi termasuk rebat/baucar untuk permohonan segera. Pelajar juga dapat berinteraksi dengan kaunselor pendidikan tentang biasiswa, bantuan kewangan, laluan belajar, kemudahan kampus dan melawat tapak pameran yang menarik dari Fakulti dan Institut di UKM.
Terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir bagi memeriahkan acara ini. Semoga maklumat yang disampaikan akan memberikan impak yang positif kepada semua yang hadir.
   
[14|05|2024] Kursus Pengurusan Rekod dan Fail

 14 Mei 2024

 
Kursus Pengurusan Rekod dan Fail telah berlangsung pada 14 Mei 2024, bertempat di Pujangga 1, UKMShape. Kursus ini telah disertai oleh warga UKMShape dengan tujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan kepakaran dalam pengurusan rekod dan fail.
Kursus ini dianjurkan oleh Unit Pembangunan Kerjaya, Bahagian Sumber Manusia UKMShape. Penceramah bagi kursus ini adalah Encik Muhammad Amirul Abdul Razak, Penolong Pendaftar Bahagian Pentadbiran & Kemudahan, Jabatan Pendaftar UKM.
Diharapkan dengan penyertaan dalam kursus ini, kakitangan akan dapat mempraktikkan ilmu yang diperoleh untuk meningkatkan efisiensi dan kualiti pengurusan rekod dan fail di jabatan masing-masing.
May be an image of 2 people, people studying, dais, newsroom and textMay be an image of 5 people, people studying, dais and textMay be an image of 15 people, people studying and text
May be an image of 16 people and people studyingMay be an image of 8 people and people studyingMay be an image of 3 people, people studying and text
May be an image of 3 people, people studying, newsroom and textMay be an image of 2 people and textMay be an image of 2 people and text
May be an image of 9 people, headscarf, dais and hospital  
[09|05|2024] Bengkel Strategi dan Pemasaran Fakulti Sains Kesihatan UKM

 09 Mei 2024

 
Bengkel Strategi dan Pemasaran Fakulti Sains Kesihatan UKM telah diadakan di bangunan UKMShape pada hari ini. Bengkel ini bertujuan untuk membincangkan dan berkongsi pengetahuan dalam stratergi dan pemasaran bagi program-program yang ditawarkan oleh Fakulti Sains Kesihatan UKM.
 
Sesi perkongsian dibuka oleh Ketua Bahagian Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Puan Jureena Noordin. Beliau memberikan gambaran keseluruhan mengenai pentingnya strategi pemasaran yang berkesan bagi pertumbuhan dan kejayaan FSK dan UKMShape.
 
Bengkel diteruskan dengan sesi penilaian bahan promosi fakulti bersama Ketua Projek Media Kreatif UKMShape, En Muhammad Shahir Jumat. Peserta bengkel berpeluang untuk meneliti dan menilai keberkesanan bahan promosi yang telah disediakan, serta mendengar pandangan dan cadangan dari En Muhammad Shahir Jumat mengenai cara untuk meningkatkan kualiti dan daya tarikan promosi tersebut.
 
Bengkel ini telah disertai oleh warga Fakulti Sains Kesihatan UKM, termasuk dekan fakulti sendiri, Profesor Dr. Suzana Shahar. Bengkel ini telah berlangsung dengan jayanya dan memberikan peluang kepada peserta untuk memperkukuhkan pemahaman mereka dalam bidang pemasaran.
May be an image of ‎1 person, television, newsroom, dais and ‎text that says "‎11 A به YNMERUM Mu.ATx 本隊 UNIVERSITI UKM SHAPE ATAN KITA ATANKITA Croles SapkuAtweledhtouoedaci BENGKEL STRATEGI DAN PEMASARAN FAKULTI SAINS KESIHATAN JUREENA NOORDIN KETUA BAHAGIAN PEMASARAN DAN KOMUNIKASI KORPORAT UKMSHAPE 9 MEI 2024 PUJANGGA2 PUJANGGA2UKMSHAPE UKMSHAPE a Search US‎"‎‎May be an image of 1 person, dais and text that says "ាធសភភភា UNIVERSITI UKM SH CHAPE PE ATAN KITA BENGKEL STRATEGI DAN PI FAKULTI SAINS KESIH JUREENA NOORDIN KETUA BAHAGIAN PEMASARAN KOMUNIKASI KORPORAT UN 9 MEI2024 EMEI 2024 PUJANGGAZ6 IAPE D. a a 926 GA 91 09/05/200"May be an image of 4 people, dais and text
May be an image of ‎7 people, people studying and ‎text that says "‎Me x 1 O 100T /... Trog- Loca Va Fur UNvERSMI APEL-I I शા د 01:41 API-I SYARAT KELAYAKAN KELAY RREROT ITA APEI I KAEDAH PENILAIAN DAN FLPENILAIAN APEL.A PERMOHONAN SIJIL APELA SYARAT SYARATKELAYAKAN KELAYAKAN Sulangutnya KAEDAH PENILAIAN DANFIPENILAIAN APELA PERMOHONANSIJIL SIJIL APEL.A " Selanjutnya Sanren 30 Solarjutnya utnya CNG 504 福‎"‎‎May be an image of 3 people, people studying and textMay be an image of 2 people and people studying
May be an image of 3 people and textMay be an image of 2 people and textMay be an image of 2 people and text
May be an image of 14 people and headscarf  
[21 & 22 |03| 2024] Sesi Kedua Bengkel Pembangunan Bahan Pengajaran & Pembelajaran Micro-Credential

 21 & 22 Mac  2024

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) dengan kerjasama Unit Pelaksanaan Sijil Profesional & Micro-credential, UKMShape telah mengadakan Sesi Kedua Bengkel Pembangunan Bahan Pengajaran & Pembelajaran Micro-Credential pada 21 dan 22 Mac 2024 bertempat di Bilik Aktiv, FKAB. Seramai 7 orang peserta yang terdiri daripada pembangun kursus Micro-Credential telah hadir ke bengkel tersebut.
Bengkel yang berlangsung selama dua hari itu dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Prof. Ir. Dr. Shuhaida Harun, Timbalan Dekan (Prasiswazah) FKAB kemudian diikuti dengan ucapan daripada Prof.Ir. Dr. Mohd Syuhaimi Ab Rahman iaitu Dekan FKAB. UKMShape amat menghargai usaha dan komitmen yang diberikan oleh pengurusan tertinggi FKAB yang sanggup meluangkan masa hadir ke bengkel ini untuk memberikan semangat kepada tenaga-tenaga pengajar yang terlibat dalam proses pembangunan bahan Micro-Credential.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memastikan tenaga pengajar dapat menguasai kemahiran membangunkan video pengajaran dan pembelajaran, dapat menyiapkan bahan yang perlu di masukkan ke dalam Learning Management System (LMS) seterusnya dapat memuat naik bahan ke LMS. Para peserta juga turut diberikan ruang untuk mengutarakan soalan dan bertukar pendapat ketika bengkel berlangsung.
UKMShape berharap dengan pelaksanaan Sesi Kedua Bengkel Pembangunan Bahan Pengajaran & Pembelajaran Micro-Credential dapat membantu melancarkan proses Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) untuk menawarkan program berbentuk Micro-Credential tidak lama lagi.
Selain itu, Unit Pelaksanaan Sijil Profesional & Micro-Credential, UKMShape juga terbuka untuk menerima permintaan dari mana-mana PTj yang memerlukan bantuan dalam proses Pembangunan Bahan Pengajaran & Pembelajaran.
May be an image of 12 people
May be an image of 2 people, people studying and newsroomMay be an image of 5 people and people studyingMay be an image of 4 people, people studying and table
May be an image of 4 people, people studying and newsroom  
   
   
[06|02|2024 & 16|02|2024] Bengkel Pembangunan Bahan Pengajaran & Pembelajaran khusus kepada Institut SELFUEL dan Fakulti Kejuruteraan Alam Bina(FKAB)
 6 Februari 2024 & 16 Februari 2024
Kejayaan mengadakan Bengkel Pembangunan Bahan Pengajaran & Pembelajaran khusus kepada Institut SELFUEL dan Fakulti Kejuruteraan Alam Bina(FKAB) pada 6 Februari 2024 dan 16 Februari 2024 yang lalu diteruskan lagi dengan bengkel yang sama diadakan khusus kepada Institut Informatik Visual (IVI). Bengkel yang diadakan di Bilik Pujangga 1, UKMShape itu berlangsung pada 14 Mac 2024 dengan kehadiran 4 orang peserta yang terdiri daripada pembangun kursus dan penyelaras kursus Micro-Credential.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pemahaman dengan lebih jelas tentang keseluruhan proses penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran untuk dibangunkan ke dalam Learning Management System (LMS). Para peserta juga turut diberikan ruang untuk mengutarakan soalan dan bertukar pendapat ketika bengkel berlangsung.
UKMShape berharap dengan pelaksanaan bengkel ini dapat melancarkan proses Institut Informatik Visual (IVI) untuk menawarkan program berbentuk Micro-Credential kepada pelajar berpotensi pada masa akan datang. Seterusnya, penawaran kursus Micro-Credential dapat direalisasikan.
Selain itu, Unit Pelaksanaan Sijil Profesional & Micro-Credential, UKMShape juga terbuka untuk menerima permintaan dari mana-mana PTj yang memerlukan bantuan dalam proses Pembangunan Bahan Pengajaran & Pembelajaran.
May be an image of 2 people, people studying and textMay be an image of 3 people, people studying and textMay be an image of 5 people and text
   
   
   
[19|04|2024] Lawatan Penanda Aras dari Bahagian Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran ASDPD, Universiti Malaya ke UKMShape
19 April 2024
Lawatan Penanda Aras dari Bahagian Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran ASDPD, Universiti Malaya ke UKMShape adalah bagi tujuan mengenai pelaksanaan dan operasi program Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (ODL), Sijil profesional dan Micro-Credential.
Delegasi dari UM adalah seramai 8 orang yang diketuai Dr. Abdullah Al-Hadi bin Ahmad Fuaad – Pengarah, Bahagian Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran ASDPD UM, bersama Prof. Madya Dr. Nur Azah Hamzaid – Pengarah Bahagian Pembangunan ASDPD UM dan Puan Putri Harlinda binti Ibrahim – Penolong Pendaftar Kanan, ASDPD UM.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Fariza Binti Khalid, Timbalan Pengarah I (Akademik & Pengembangan Program) dan Puan Nurziyanti Binti Mohamad Khan, Pengurus Projek ODL UKM. Turut hadir Pereka Bentuk Pengajaran ODL, Puan Zulfarina Binti Zulkeple dan Puan Wan Nur Syahira Binti Wan Ali dan Penolong Pendaftar, Puan Ardilla Binti Muhammad Asri.
Manakala, dari Unit Sijil Profesional & Micro-Credential turut hadir iaitu Puan Nur Anis Syuhada Binti Mohd Shatar – Pengurus Projek, Puan Siti Nurshakinah Binti Khairul Asfamawi – Penolong Pendaftar dan Encik Muhammad Nazmi Nabil Bin Ramli – Penolong Pegawai Tadbir.
UKMShape berharap dengan lawatan ini dapat memberikan manfaat yang besar dan memberi input positif kepada ASDPD UM bagi membangunkan program Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (ODL), Sijil profesional dan Micro-Credential pada masa akan datang.
May be an image of 11 people, newsroom and text that says "ม JUKM Pembelajaran Terbuka PembelajaranTerbuka&Jarak.Jauh & Jarak Jauh" May be an image of 1 person, studying and smiling May be an image of 1 person and newsroom
May be an image of 2 people, dais, newsroom and text that says "emaaTaoй DARIPADA BAHAGIAN INOVASI PENGAJARAN DAN PEN PUSAT PEMBANGUNAN DAN PENAMBAHBAIKA UNIVERSITI MALAYA 24 AJARAN, MIK (ASDPD), KHAMIS 2.30 PET ILIK MESYUARAT UKMSHAPE (DA さは酒 #1 Applech r2o moл 3r #149 Colcrice" May be an image of 2 people and text May be an image of 3 people, dais and text that says "awalan f enanda Aras DARIPADA BAHAGIAN INOVASI PENGAJA DAN PEMBELAJARAM PUSAT PEMBANGUNAN DAN PEN/ NIKAN AKADEMIK UNIVERS A 124 KHAMIS BILIK MESYUA PETANG 固み ਰ THIVERST 19 湯茶 05 4ИTίχ"
May be an image of 2 people and text May be an image of 3 people, people studying and text May be an image of 4 people, people studying, newsroom and text
[19|03|2024] Lawatan Penanda Aras dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
19 Mac 2024
UKMShape berbesar hati menerima Lawatan Penanda Aras dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi tujuan perkongsian pengalaman dari segi sistem yang digunakan dan membincangkan mengenai pelaksanaan program Open and Distance Learning (ODL) di UKM.
Delegasi dari USIM yang dihadiri seramai 24 orang yang diketuai Prof. Madya Dr. Nazefah Abd Hamid – Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Madya Dr. Noor Fadzilah Zulkifli – Timbalan Dekan Akademik & Antarabangsa, Prof. Madya Dr. Suhaila Sanip – Penyelaras Kualiti dan Prof. Ts. Khadijah Chamili – Ketua Bahagian SDEC.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Fariza Binti Khalid, Timbalan Pengarah I (Akademik & Pengembangan Program) dan Puan Nurziyanti Binti Mohamad Khan, Pengurus Projek ODL UKM. Manakala dari Pereka Bentuk Pengajaran ODL, Puan Zulfarina Binti Zulkeple dan Puan Wan Nur Syahira Binti Wan Ali. Turut serta, Cik Norhidayah Binti Nooridin selaku Pegawai Pemasaran ODL, Encik Muhammad Akmal Hakim Bin Adnan selaku Penolong Pendaftar, Puan Ardilla Muhammad Asri selaku Penolong Pendaftar dan Cik Normazwina Balqis Binti Mokhtar selaku Penolong Pegawai Tadbir ODL.
UKMShape berharap dengan lawatan ini dapat memberikan manfaat yang besar dan memberi input positif kepada USIM bagi membangunkan program ODL pada masa akan datang.
May be an image of 7 people and headscarf May be an image of 2 people and text May be an image of 3 people and people studying
May be an image of 3 people, people studying and text that says "A UKM ODL PROSPECTUS" May be an image of 2 people, dais and text that says "UNIVERSITI SAINS ISLAMMAL PUSAT PEMBENTUKAN JUTAN & PROFESIONAL 19 MAC 2024 HARI SELAS 10.00 PAGI 12.00 TENGAH HAI BILIK PUJANGGA1, UKMSHAPE" May be an image of 2 people, dais and text that says "RSITI SAINS AMMAL USAT PEMBENTUKANP TAN & PROFESIONAL 19 MAC 2024 HARI SELASA 10.00 PAGI 12.00 TENGAH HARI UKMSHAPE BILIK PUJANGGA 1, UKMSHAPE @+et n S"
May be an image of 3 people and people studying May be an image of 18 people, people studying and table
[14|05|2024] Perasmian kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di Qatar
14 Mei 2024
Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, telah merasmikan kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Qatar. Kampus yang terletak di Lusail City, Qatar ini bakal membuka pendaftaran pelajar sulung pada Oktober ini bagi sesi akademik 2024/2025.
Perdana Menteri berkata, semoga apa yang dimulakan oleh UKM Qatar akan membuka laluan yang lebih luas kepada universiti awam Malaysia yang lain untuk mengorak langkah yang serupa dalam menerokai peluang untuk memperluaskan kehadiran di peringkat antarabangsa.
Sementara itu, Naib Canselor UKM, Prof. Dato’ Gs Ts Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata penubuhan UKM Qatar ini merupakan suatu pencapaian bersejarah bagi UKM yang menjadi universiti awam Malaysia pertama yang membuka cawangan di Qatar.
Tambah beliau lagi, pembukaan UKM Qatar ini menunjukkan komitmen UKM yang teguh dalam mengantarabangsakan pendidikan tinggi, sejajar dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia untuk meningkatkan kedudukan akademik negara di peringkat global.
Majlis pelancaran UKM Qatar tersebut turut dihadiri oleh Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan; Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir; Menteri Pendidikan dan Pengajian Tinggi Qatar, PYT Buthaina bint Ali Al Jabr Al Nuaimi; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Abdul Aziz; Pengerusi Lembaga Pengarah UKM Qatar, TYT Sheikh Abdul Rahman Khalifa Abdulaziz Al Thani; Duta Besar Malaysia ke Qatar, TYT Zamshari Shaharan; Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak; Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shafie, Ahli Lembaga Pengarah UKM; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Ghafur dan Pengarah UKMShape, Prof. Datuk Dr. Muhammad Hussin.
Mungkin imej 10 orang, dais dan teks yang berkata 'AA KM ATAR'Mungkin imej 4 orang, dais dan teksMungkin imej 8 orang, dais dan teks
Mungkin imej 4 orang dan teksMungkin imej 1 orang, bilik berita, dais dan teksMungkin imej ‎1 orang, bilik berita, dais dan ‎teks yang berkata '‎امعة لمجامعة طة ليزية قطیر‎'‎‎
Mungkin imej 17 orang, dais dan teksMungkin imej 5 orang, dais dan teks 
   
Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara Universiti Kebangsaan Malaysia dan Nanjing Forestry University
4 September 2023

Majlis menandatangani Memorandum Perjanjian(MoA) di antara Universiti Kebangsaan Malaysia dan Nanjing Forestry University telah berlangsung di Bilik Majlis Bangunan Canselori, UKM pada 14 September 2023. Pada majlis tersebut Naib Canselor UKM, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman telah hadir mewakili UKM bagi menandatangani perjanjian ini.

Delegasi Nanjing Forestry University diketuai oleh Prof. Dr. Yong Qiang, Presiden NJFU, Prof. Dr. Yin Tongming, Timbalan Presiden NJFU beserta beberapa pegawai tertinggi NJFU. Delegasi ini juga diiringi oleh Dato’ Prof. Adjung Dr. Tan Yew Chong, Pengerusi NIUFU Consulting Sdn. Bhd.

MoA ini akan dapat memanfaatkan kelebihan kedua-dua universiti dan memupuk usaha kerjasama dalam aktiviti berkaitan pendidikan dan penyelidikan.

Kerjasama yang terjalin ini juga akan bakal mewujudkan platform untuk menyebarkan penyelidikan dan amalan terbaik dalam kaedah pendidikan dan pengajaran, memupuk aktiviti penyelidikan bersama yang memberi kesan positif kepada pembangunan sosial dan ekonomi kedua-dua pihak dan negara masing-masing.

Hadir sama, Prof. Dr. Ir. Mohd Syuhaimi Bin Ab Rahman, Dekan FKAB UKM, Prof. Madya Dr. Mohd Ridzwan Yaakub, Timbalan Dekan (HEJIM) FTSM UKM dan Prof. Madya Dr. Abdul Munir Bin Abd. Murad, Timbalan Dekan (Siswazah) FST UKM.

Turut hadir bagi pihak UKMShape adalah Encik Jamalul Lail Bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah III (Pembangunan Program dan Pemasaran) UKMShape, Encik Ahmad Saiful Ghazi Bin Mohd Lazim, Pegawai Undang-Undang UKMShape, Cik Intan Shafiqa Binti Mohd Suhairi, Pegawai Unit Pembangunan Perniagaan UKMShape dan beberapa pegawai UKMShape.

 

Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Kebangsaan Malaysia dengan Harbin Institute of Technology, Weihai
4 Julai 2023

Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Kebangsaan Malaysia dengan Harbin Institute of Technology, Weihai telah diadakan di Bangunan Canselori UKM. Majlis MoU ini dikendalikan oleh Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan Profesional (UKMShape).

MoU ini ditandatangani oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman dan Pengarah UKM Shape, Prof. Datuk Dr. Muhammad Hussin. Pihak Harbin University diwakili oleh Timbalan Naib Canselor, Prof. Zhang Wencong dan Dekan Pendidikan Berterusan, Encik Feng Yingtao.

MoU ini diadakan bagi mengukuhkan kerjasama antara dua pihak dari segi komunikasi, penyelidikan bersama, pertukaran fakulti dan pelajar, serta pembangunan program akademik yang inovatif.

Kerjasama ini juga akan merangkumi pelbagai disiplin, dengan rancangan untuk menggalakkan penyelidikan multidisiplin serta, memupuk pendekatan holistik dalam pendidikan.

https://www.facebook.com/UKMSHAPE/
[10|08|2023] Talentcorp Malaysia Berhad
10 Ogos 2023
Petaling Jaya – Satu sesi pertemuan antara Talentcorp Malaysia Berhad dan ODL UKM telah diadakan pada 8 Ogos 2023 bertempat di Talent Corporation Malaysia Berhad, Mutiara Damansara.
Sesi pertemuan ini telah dihadiri oleh Kumpulan Penyelidikan, Pembangunan dan Dasar Bakat Profesional Malaysia yang diketuai oleh Puan Hajah Mahuran Saro Dato’ Haji Sariki selaku Naib Presiden. Turut serta Puan Nursyazwani Binti Zulhaimi selaku Pengurus dan Pegawai Penyelidik iaitu Encik Muhammad Naim Bin Shahul Hamid, Puan Diyana Azmi, Puan Nurul Syazwani Bt Yahi dan Mohd Ikhwan Bin Abdullah.
Manakala, ODL UKM diwakili oleh Prof. Madya Dr. Fariza Binti Khalid selaku Timbalan Pengarah I (Akademik & Pengembangan Program), UKMShape dan Puan Nurziyanti Binti Mohamad Khan, Pengurus Program ODL. Turut serta, Cik Norhidayah Binti Nooridin selaku Pegawai Pemasaran ODL, Puan Wan Nur Syahira Binti Wan Ali, Pereka Bentuk Pengajaran dan Normazwina Balqis Binti Mokhtar selaku Penolong Pegawai Tadbir ODL.
Melalui pertemuan ini, pihak Talentcorp Malaysia Berhad telah berkongsi maklumat trend pekerjaan dan kemahiran yang diperlukan oleh industri termasuklah senarai pekerjaan kritikal di Malaysia. Sesi pertemuan diakhiri dengan perkongsian pendapat berkaitan pembangunan program ODL yang bersesuaian dengan keperluan pasaran kerja terkini di Malaysia. xx
Setinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Talentcorp Malaysia Berhad yang sudi berkongsi maklumat dan insights yang sangat bermanfaat dalam memastikan ODL UKM membangunkan program pengajian yang memenuhi permintaan pasaran Malaysia. Semoga dengan penganjuran sesi pertemuan seperti ini dapat membantu pembangunan program ODL yang bersesuaian dengan kehendak pasaran kerja dan industri pada masa kini sekali gus membantu mengecilkan jurang keperluan tenaga mahir yang diperlukan Malaysia.
   
 
Strengthening International Ties
22 September 2023
We had the honour of hosting Professor Chen Heng, the Deputy Vice President of Shanghai Normal University, and his esteemed delegates at Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). The purpose was to explore exciting possibilities for future collaborations between our two prestigious institutions.
Professor Dato’ Dr. Roslee Rajikan, the Pro-Vice Chancellor for Strategy & Corporate Development of UKM warmly welcomed our distinguished guests, and the discussions that followed were nothing short of inspiring. Ideas flowed, bridges were built, and potential partnerships were forged.
To top off this memorable day, Professor Dato’ Dr. Roslee Rajikan graciously led our visitors on a brief tour of the Universiti Kebangsaan Malaysia heritage museum, showcasing our rich history and culture.
As we bid farewell, we look forward to a future of meaningful collaborations and shared knowledge between our universities.
  
Manila Familiarization Visit
29 Ogos 2023
Manila’s media delegation embarked on a journey to Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) to discover its top-notch academic programs and foster cross-cultural ties. UKM’s commitment to holistic learning, diverse research centres, and practical skills were highlighted during the visit. Discussions centred around potential collaborations and cultural exchange.
This visit paves the way for stronger Philippines-Malaysia educational relations, as Manila’s media outlets can showcase UKM’s academic prowess to inspire Filipino students. UKM’s multicultural environment and innovative approach promise a transformative educational experience for any international students planning to pursue a higher degree in Malaysia.
Stay tuned as we unravel the educational excellence of UKM and the promising impact it holds for both nations!
Lawatan Institut Bisnis Dan Teknologi Pelita Indonesia
24 Julai 2023
UKMShape menerima kunjungan daripada Institut Bisnis Dan Teknologi Pelita Indonesia pada 24 Julai 2023 bertempat di Bilik Senat Bangunan Canselori UKM. Delegasi Institut Bisnis Dan Teknologi Pelita Indonesia seramai 65 orang yang hadir diketuai oleh Prof. Dr. Teddy Chandra, wakil Rektor 1 dan Prof. Dr. Priyono, Pengarah Pascasiswazah Sarjana Pengurusan . Manakala UKMShape diwakili oleh Encik Jamalul Lail Bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah III (Pembangunan Program dan Pemasaran), Encik Mohd Romaini Khaidir Bin Baharom, Pegawai UKMShape dan beberapa lagi pegawai dari UKMShape.
Melalui perjumpaan ini, pihak UKM telah berkongsi maklumat mengenai pengajian yang ditawarkan oleh UKM dan juga peluang Kerjasama yang boleh dijalinkan antara UKM dan Institut Bisnis Dan Teknologi Pelita Indonesia. Selain itu perkara lain yang dikongsikan adalah tentang kemudahan dan kelebihan belajar di kampus induk Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi. Sesi perjumpaan ini juga diisi dengan perkongsian cara penulisan jurnal berimpak tinggi yang disampaikan oleh Dr. Norazuwana Binti Shaari, Pensyarah Institut Sel Fuel UKM.
Sesi perjumpaan diakhiri dengan sesi soal jawab bagi menerangkan dengan lebih jelas mengenai cara penulisan jurnal dan juga perkongsian maklumat tentang UKM. Semoga perjumpaan ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga Institut Bisnis Dan Teknologi Pelita Indonesia.
Kunjungan Hormat Dan Taklimat Program Di Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)
21 Julai 2023

UKMShape telah melakukan satu kunjungan hormat ke Jabatan Perangkaan Malaysia pada 21 Julai 2023 bertempat di Pejabat Jabatan Perangkaan Malaysia Putrajaya. Pada perjumpaan ini pihak UKMShape dan Jabatan Perangkaan Malaysia telah membincangkan mengenai kerjasama Pendidikan yang boleh dijalinkan untuk ditawarkan kepada warga Jabatan Perangkaan Malaysia pada masa akan datang. Diharapkan perjumpaan ini akan dapat menjalinkan hubungan baik antara pihak UKMShape dan juga Jabatan Perangkaan Malaysia.

Peking University's Visit to UKM
6 Julai 2023

On 6th of July 2023, Peking University visited Universiti Kebangsaan Malaysia for a discussion on possible networking activities in the area of academic and cultural exchange. Both universities are ranked in the Top 200 universities (based on QS World University Ranking) and will work closely to ensure this relationship will be able to flourish in the future.

https://www.facebook.com/UKMSHAPE/
Lawatan & Perbincangan antara UKM, Pemerintah Provinsi Riau serta wakil dari Riau Petroleum, Indonesia
2 Mac 2023
Lawatan rasmi Gubernur Riau, Indonesia dan perbincangan antara Universiti Kebangsaan Malaysia, Pemerintah Provinsi Riau serta wakil dari Riau Petroleum, Indonesia.
Gabenor Wilayah Riau di Indonesia, YDH Drs. H. Syamsuar, M. Si, baru-baru ini melawat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi mengeratkan hubungan Indonesia dan Malaysia dalam sektor pendidikan. Lawatan yang berlangsung pada 2 Mac 2023 itu bertujuan untuk meningkatkan kerjasama antara kedua-dua negara.
Dalam lawatannya, Gabenor Syamsuar bertemu dengan Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa UKM, YBhg. Prof. Dr. Mohammad Kassim, untuk membincangkan potensi pemberian biasiswa untuk pelajar Indonesia yang ingin mengikuti program prasiswazah dan pascasiswazah di UKM.
Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kerjasama akademik dan penyelidikan antara kedua-dua negara di samping memberi peluang kepada pelajar Indonesia melanjutkan pelajaran di universiti terkemuka di Malaysia.
Turut hadir, Pengarah Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional, Prof Datuk Dr Muhammad Bin Hussin dan disertai oleh delegasi dari Pemerintah Provinsi Riau serta wakil dari Riau Petroleum, Indonesia.
Lawatan rasmi ini diakhiri dengan sesi ramah mesra bersama pelajar Indonesia UKM / alumni UKM Indonesia di Dewan Sheikh Othman Sarawak, Fakulti Pengajian Islam, UKM.
Lawatan UKMShape ke Yayasan Sarawak
16 Januari 2023
UKMShape melakukan kunjungan rasmi terhadap Yayasan Sarawak bertempat di Bangunan Yayasan Sarawak, Kuching.
Lawatan tersebut diketuai oleh Prof. Datuk Dr. Muhammad Hussin, Pengarah UKMShape, Dr Azahan Bin Awang, Timbalan Pengarah II(Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Encik Jamalul Lail Abdul Wahab, Timbalan Pengarah III (Pembangunan Program dan Pemasaran). Turut hadir bersama dalam kunjungan rasmi ini adalah Prof. Dr. Kadarruddin Aiyub, Dekan Fakulti Sains Sosial & Kemanusian dan juga Prof. Dr. Novel Lyndon, Pengerusi Pusat Kajian SEEDS.
Tujuan kunjungan rasmi ini dilakukan adalah bagi membincangkan mengenai tajaan pelajar dibawah Yayasan Sarawak untuk menyambung pelajaran mereka di UKM. Antara perkara lain yang turut dibincangkan adalah mengenai isu berkaitan kebajikan pelajar di UKM dan kolaborasi yang boleh dijalinkan bagi meningkatkan bilangan pelajar dari Sarawak ke UKM pada masa hadapan.
Menyambut kunjungan rasmi ini daripada Yayasan Sarawak adalah, Encik Louis Simon, Timbalan Pengarah (Pendidikan), Encik Watson Chunggat Leornard Doo, Ketua Penolong Pengarah(Pembiayaan Pendidikan & Bayaran Balik) dan Encik Zamahari Bin Haji Saidi, Ketua Penolong Pengarah(Biasiswa, Program & Bantuan).
  
Bengkel Pembangunan Dokumen Micro-Credential
13 & 14 Jun 2023

Unit Sijil Profesional & Micro Credential UKMShape dengan kerjasama Pusat Pengajaran & Pembangunan Kurikulum (Pengajaran-UKM) telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Dokumen Micro-Credential pada 13 dan 14 Jun 2023 bertempat di Bilik Pujangga 2, UKMShape.

Seramai 17 peserta daripada 8 PTj telah melibatkan diri dalam bengkel yang berlangsung selama dua hari berturut-turut itu. Bengkel ini turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Zulkeflee Mansor, Timbalan Pengarah (Pembangunan Kurikulum), Pengajaran-UKM dan Prof. Madya Dr. Che Aniza Binti Che Wel (Ketua Unit Sijil Profesional & Micro-Credential), Pengajaran-UKM. Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk membantu para pensyarah membangunkan dokumen Micro-Credential selain membuka peluang kepada mereka untuk bertanya soalan mengenai pendokumentasian program Micro-Credential.

Pada penghujung bengkel, Prof. Madya Dr. Fariza yang merupakan Timbalan Pengarah I, UKMShape telah menyampaikan cenderahati kepada wakil Pengajaran-UKM sebagai tanda penghargaan di atas komitmen yang diberikan. Semoga dengan penganjuran bengkel ini dapat membantu menambah bilangan kursus berbentuk Micro-Credential yang boleh ditawarkan oleh PTj di UKM.

https://www.facebook.com/UKMSHAPE/
Bengkel Perbatuan MC & ODL 2023
30 Mei 2023

Mesyuarat Ketua Guru Bimbingan Kaunseling Daerah Hulu Langat dan Taklimat Program UKM
24 Mac 2023

Mesyuarat Ketua Guru Bimbingan Kaunseling Daerah Hulu Langat dan Taklimat Program UKM telah diadakan pada 21 Mac 2023 bertempat di Bilik Senat UKM. Mesyuarat ini telah disertai seramai 152 guru.

https://www.facebook.com/UKMSHAPE/
[10|11|2023] The QS Higher Ed Summit: Asia Pacific 2023
10 November 2023
The QS Higher Ed Summit: Asia Pacific 2023 held from 7th to 9th November, 2023 at the KL Convention Centre was a momentous occasion in the academic world. Hosted by UKM and UKMShape, this event marked a significant chapter in global education.
The summit was graced by the esteemed presence of HH Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz, Tunku Besar of Seri Menanti, as a Guest-of-Honour and keynote speaker, who inaugurated this prestige event. The atmosphere was charged with inspiration as our University Vice Chancellor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman delivered a compelling opening remark, setting the tone for collaboration and innovation.
This conference focused on universities and future employment in this region and with participation from universities worldwide, the event became an engaging discussion with diverse ideas, fresh perspectives and valuable insights. This conference also provided a great networking opportunity for valuable connections.
Among those present were CEO of QS- Jessica Turner, Senior Vice President of QS- Ben Sowter, CEO of EMGS and concurrently the co-organizer- Mr. Novie Tajuddin, Chairman UKM Board of Directors- Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak, Vice-Chancellors of UKM, Director of UKMShape and all the top management of UKM.
      
   
[05|08|2023 - 02|09|2023] Jelajah Jom Masuk UKM 2023
5 ogos – 2 September 2023

Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan Profesional(UKMShape) dengan bekerjasama Suria FM telah mengadakan Program Jelajah Jom Masuk UKM 2023 X Suria Wheels di empat Zon Semenanjung Malaysia bermula 5 Ogos 2023 sehingga 2 September 2023. Pada 3 Ogos 2023, Khamis merupakan hari pelancaran bagi Program Jelajah Jom Masuk UKM X Suria.FM Wheels di sekitar pintu masuk utama dan lobi UKMShape.

Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman telah melancarkan Program Jelajah Masuk UKM 2023 x Suria.fm Wheels di Foyer UKMShape. Program jelajah ini telah bermula pada 5 Ogos 2023 dan berakhir pada 2 September 2023 melibatkan empat zon di Semenjung Malaysia. Jelajah ini bermula di zon timur, kemudian ke zon selatan, diikuti zon utara dan berakhir di zon tengah. Sepanjang jelajah ini, pasukan Jelajah Masuk UKM 2023 x Suria.fm Wheels telah mempromosi UKM seterusnya mempelawa bakal-bakal pelajar terutamanya mereka yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama, kedua dan ketiga.
Turut hadir ke majlis pelancaran program ini adalah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Kassim; Pengarah UKMShape, Prof. Datuk Dr. Muhammad Hussin dan Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Prof. Dr. Aini Aman.
[23|05|2023 - 28|05|2023] Study In Malaysia Education Fair Bangladesh 2023
23 Mei – 28Mei 2023, Chittagong, Dhaka | Bangladesh

[19|05|2023 - 23|05|2023] Yes2Malaysia Malaysia Expo 2023 (Edition: Saudi Arabia)
19 Mei – 23 Mei 2023, Jeddah & Riyyadh | Saudi Arabia
Yes2Malaysia Education Information Day 2023
18 Mei – 24 Mei 2023, Jeddah & Riyyadh | Saudi Arabia
Postgraduate Seminar & Exhibition in Jakarta, AYO Kuliah di Malaysia, Padang & Batam
12 Mei – 20 Mei 2023, Jakarta, Padang, Batam | Indonesia
Yes2Malaysia Malaysia Expo 2023 (Edition: Kuwait & Jordan)
14 April – 17 April 2023, Kuwait City & Amman | Kuwait & Jordan
Education Expo Gabernur NTB
19 Mac – 21 Mac 2023, Kantor Gabernur NTB | Indonesia
Malaysia Top University Education Fair March 2023
17 Mac – 23 Mac 2023, Dhaka & Chittagong | Bangladesh
Higher Education Fair 2023
6 Mac – 9 Mac 2023, Tangerang, Bogor, Bandung | Indonesia
Study in Malaysia Education Fair Indonesia 2023 – Medan, Jakarta and Depok
2 Mac – 5 Mac 2023, Medan, Jakarta, Depok | Indonesia
School Visit Aceh-Medan Tour
8 Februari – 19 Februari 2023, Schools in Bandar Acheh & Medan | Indonesia
Yes2Malaysia Malaysia Expo 2023 (Edition: Brunei)
3 Februari – 5 Februari 2023, Pusat Insani, Seria, Mulia Hotel | Brunei
Lawatan Penanda Aras Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM)
18 Julai 2023

UKMShape telah menerima lawatan penanda aras daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 18 Julai 2023. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan perkongsian pengalaman dan amalan baik pelaksanaan program Online and Distance Learning (ODL) di UKM, termasuk sistem yang digunakan.

Lawatan daripada UTHM ini melibatkan beberapa pusat tanggungjawab yang diketuai oleh Prof. Dr. Shahruddin Bin Hj. Mahzan @ Mohd Zin, Dekan Pusat Pengajian Siswazah. Ahli yang turut serta dalam lawatan ini ialah ChM Dr. Faridah Binti Abu Bakar, Timbalan Dekan (Akademik dan Penyelidikan), Dr. Mohd Hisyam Bin Abdul Rahim, Timbalan Dekan (Pembangunan Siswazah), Prof. Madya Ts. Dr. Norhadilah Binti Abdul Hamid, Ketua Jabatan (Pembangunan Program Penyelidikan), Prof. Madya Ts. Dr. Danial Bin Md Nor, Ketua Jabatan (Akademik dan Pengurusan Kualiti), Puan Rafizatul Binti Rabu, Penolong Pendaftar Kanan dan Encik Mohd Farid Bin Mohammad Hamin, Penolong Pegawai Tadbir.
Manakala, Pusat Teknologi Maklumat UTHM diwakili oleh Puan Shahrizad Binti Shahrir, Timbalan Pengarah, Puan Noorulhuda Binti Ahmad Sabri @ Hj Md Sabli, Pegawai Teknologi Maklumat Kanan, Encik Shahril Nazim Bin Mohamed Salleh, Pegawai Teknologi Maklumat, Puan Mazrina Hani Binti Mansor, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan, Encik Akmal Faiz Bin Zakariah, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan. Beberapa ahli daripada Pusat Pembelajaran Maya UTHM juga turut serta dalam lawatan ini yang terdiri daripada Ts. Mohamad Bin Md. Som, Ketua Jabatan Pengurusan Sistem Pembelajaran dan Encik Hemmy Bin Abd Jalal, Pegawai Teknologi Maklumat Kanan.
Di pihak UKMShape pula, ODL UKM diwakili oleh Prof. Madya Dr. Fariza Binti Khalid, Timbalan Pengarah I (Akademik & Pengembangan Program), Puan Nurziyanti Binti Mohamad Khan, Pengurus Program ODL dan Puan Zulfarina Binti Zulkeple selaku Pereka Bentuk Pengajaran
Semoga sesi perkongsian ini dapat memberi input positif kepada UTHM bagi membangunkan program ODL pada masa akan datang.
Lawatan Penanda Aras Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
23 Jun 2023
Lawatan Penanda Aras Hanyang University, Korea Selatan
11 Mei 2023
Lawatan Penanda Aras Universiti Sains Malaysia (USM)
8 Mei 2023 | Centre for Development of Academic Excellence (CDAE@USM)
Lawatan Penanda Aras Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
10 Februari 2023
  
Majlis menandatangani MoA dengan The Regional Group bagi kerjasama penawaran program UKM secara persisir (offshore) di Doha, Qatar.
26 Mac 2022
Pada 26 Mac 2022, UKM telah menandatangani MoA dengan The Regional Group bagi kerjasama penawaran program UKM secara persisir (offshore) di Doha, Qatar. The Regional Group diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Sheikh Abdul Rahman Bin Khalifa Bin A.A. Al Thani.
Melalui perjanjian tersebut, The Regional Group bertanggungjawab menyediakan kemudahan fasiliti dan aktiviti promosi program UKM di Qatar. Selain itu, The Regional Group bersetuju untuk membina kampus cawangan UKM di Doha, Qatar.

Turut hadir dalam majlis itu Pro Naib Canselor Kampus KL UKM, Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Bin Harunarashid, Pendaftar UKM Dato’ Dr. Syed Kamarudin Bin Sadakkuthulla, Pengarah UKM Shape Prof Datuk Dr Muhammad Bin Hussin dan Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Prof Dr Aini Binti Aman.


Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara TEKUN Nasional dengan Universiti Kebangsaan Malaysia
17 Mac 2022
Dengan keterlibatan seramai 13 orang ahli Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Sijil Profesional Perancangan Kewangan adalah medium pembelajaran sepanjang hayat yang akan dipelajari oleh kakitangan TEKUN yang terlibat.
UKM amat berterima kasih kepada pihak Tekun Nasional yang telah banyak membantu dalam semua aspek, khususnya dalam proses memperkasakan pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan di UKM.

Semoga jalinan kerjasama yang terjalin ini dapat terus digiatkan dengan lebih aktif dengan program intelektual dalam bidang ekonomi dan kewangan Islam.

Lawatan daripada Sekolah Menengah Atas SMA Unggulan Al-Azhar Medan Indonesia
16 Disember 2022

UKMShape telah menerima lawatan daripada Sekolah Menengah Atas SMA Unggulan Al-Azhar Medan Indonesia untuk lawatan sambil belajar antarabangsa serta sesi perkongsian maklumat khususnya berkaitan program UKMi.

Delegasi seramai 65 orang tersebut diketuai oleh Drs. Hj. Agustono MA, Kepala Sekolah SMA Unggulan Al-Azhar Medan. Turut hadir mewakili UKMShape adalah En. Jamalullail Abdul Wahab, Timbalan Pengarah Pembangunan Program dan Pemasaran dan Ketua Bahagian Pemasaran, Pn Jureena Noordin.

Lawatan daripada Harian Metro, New Straits Times dan Media Prima Omnia
2 Disember 2022

UKMShape menerima kunjungan delegasi daripada Harian Metro, New Straits Times dan Media Prima Omnia untuk sesi taklimat berkenaan Anugerah Ikon Sukan Harian Metro 2022

Lawatan tersebut diketuai oleh Encik Husain Jahit, Ketua Editor Harian Metro, Encik Manan Smaad, Editor Kanan Berita Sukan dan Hiburan, Encik Noor Azam Ab Aziz, Editor Berita. Juga turut serta, Puan Noor Ameeza Abu Bakar dan Puan Farazira Amira Yusof, Eksekutif Strategi Pemasaran dan Korporat NSTP. Turut bersama Encik Farhan Selim dan Puan Hidayah Tan dari Media Prima Omnia.
Menyambut kunjungan hormat tersebut daripada UKMShape adalah Prof. Datuk Dr. Muhammad Hussin, Pengarah UKMShape, Encik Jamalul Lail Abdul Wahab, Timbalan Pengarah III, Puan Jureena Noordin, Ketua Bahagian Pemasaran, Puan Syarifah Alawiyah Syed Husain, Ketua Bahagian Kewangan serta wakil-wakil dari UKMShape.
Melalui sesi tersebut, perbincangan lanjut mengenai UKMShape sebagai rakan strategik dan tajaan bersama bagi Anugerah Ikon Sukan Harian Metro 2022 serta sesi bertukar pandangan dan pendapat dikongsikan berkaitan pemasaran, promosi, kesedaran penjenamaan (brand awareness) melalui media cetak dan digital, serta kolaborasi yang boleh dijalinkan bagi memantapkan penjenamaan UKMShape di seluruh Malaysia serta antarabangsa turut di bincangkan.
Mesyuarat Penyelarasan Program Pesisir (Offshore) UKM-Qatar
1 Disember 2022

UKMShape telah menganjurkan Mesyuarat Penyelarasan Program Pesisir (Offshore) UKM-Qatar bagi membincangkan penawaran program prasiswazah secara pesisir di Doha, Qatar. Mesyuarat ini diwakili oleh barisan tertinggi pengurusan UKM serta deligasi daripada The Regional Group iaitu rakan kerjasama strategik UKM daripada Qatar.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Profesor Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Naib Canselor UKM. Wakil UKM turut dibarisi oleh Prof. Dr. Mohammad Kassim, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa), Prof Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur), Prof. Dr. Norhamidi Muhamad, Pro-Naib Canselor (Penjanaan & Prasarana), Pengarah UKMShape, Pengarah Pusat Jaminan Kualiti serta Dekan FEP, Dekan FTSM, Dekan FST serta wakil-wakil fakulti lain. Wakil The Regional Group diwakili oleh Dr Mohamad Ibrahim, Dr Alaa Hosni dan Encik Mohammad Fuoad.
Jelajah Anugerah Ikon Sukan Harian Metro

10 Disember 2022 | Karnival Jom Heboh Johor Bahru

YES2Malaysia Education Malaysia Virtual Expo: Edition Kuwait

9 Disember 2022 | Kuwait

National Human Capital Conference & Exhibition (NHCCE) 2022
29 November 2022 | Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC)
YES2Malaysia: Saudi Arabia

11 November – 18 November 2022 | Jeddah, Riyadh & Madinah

QS Summit Jakarta

7 November – 11 November 2022 | Intercontinental Pondok Indah Jakarta

Sabre Brunei Travel Fair 2022

29 Oktober – 30 Oktober 2022 | Bandar Seri Begawan

Program "Yuk Kuliah Ke UKM" Indonesia

2 Oktober – 11 Oktober 2022 | Malang & Pekanbaru

Mega Careers & Study Fair 2022
24 September- 25 September 2022 | KLCC
Jom Masuk UKM 2022
3 September 2022 | Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM

EMGS Education Fair In Pakistan

27 Ogos – 4 September 2022 | Karachi, Islamabad, Peshawar, Lahore

Study In Malaysia Education Expo India 2022

19 Ogos – 26 Ogos 2022 | Chennai, Kochi, Mumbai, New Delhi

Study In Malaysia In Brunei

13 Ogos 2022 | Bandar Seri Begawan

YES2Malaysia Expo (Edition: UAE & Egypt)

15 Julai- 25 Julai 2022 | UAE & Egypt

Study In Malaysia Education Fair Indonesia (Jakarta & Pekanbaru) 2022
20 Jun – 22 Jun 2022 | Jakarta & Pekanbaru
  
The Star Education Fair
25 Jun – 26 Jun 2022 | Pavillion Bukit Jalil Convention Centre
Karnival Institusi Pendidikan Mara 2022 (KIPMA 2022)
25 Jun – 26 Jun 2022 | Ibu Pejabat MARA Kuala Lumpur
  
Jom Masuk IPT Johor
24 Jun – 25 Jun 2022 | UTHM Johor
  
Karnival Institusi Pendidikan Mara 2022 (KIPMA 2022)
18 Jun – 19 Jun 2022 | Mydin Mall Seremban 2, Seremban
  
Myuni Education Fair 2022 (Perak)
18 Jun – 19 Jun 2022 | Mydin Mall Meru, Perak
  
Jom Masuk IPT Terengganu
17 Jun – 18 Jun 2022 | UNISZA Terengganu
  
Myuni Education Fair 2022 (Melaka)
11 Jun – 12 Jun 2022 | Mydin Mall Pulau Sebang, Melaka
  
Myuni Education Fair 2022 (Johor)
11 Jun – 12 Jun 2022 | Danga Bay Convention Centre
Jom Masuk IPT Kelantan
11 Jun – 12 Jun 2022 | UMK Kelantan
  
The Star Education Fair P.Pinang
4 Jun – 5 Jun 2022 | SPICE Pulau Pinang
  

 

Jom Masuk IPT Sabah
4 Jun – 5 Jun 2022 | UMS Sabah
  
Myuni Education Fair 2022 (Pahang)
4 Jun – 5 Jun 2022 | Berjaya Megamall Kuantan
  
Myuni Education Fair 2022 (Terengganu)
4 Jun – 5 Jun 2022
  
Pesta Buku Antabangsa Kuala Lumpur
3 Jun – 12 Jun 2022 | World Trade Centre
  
Study Malaysia Education Fair Maldives 2022
1 Jun – 7 Jun 2022 | Maldives
  
Mega Careers & Study Fair (MCASF) 2022
28 Mei – 29 Mei 2022 | KLCC
  
Expo Pendidikan & TVET 2022
28 Mei – 29 Mei 2022 | Mydin Bukit Mertajam
  
Myuni Education Fair 2022 (Kelantan)
28 Mei – 29 Mei 2022 | Mydin Tunjong Kota Bharu
  
Myuni Education Fair 2022 (Selangor)
21 Mei – 22 Mei 2022 | Mydin Subang Jaya
  
Myuni Education Fair 2022 (Sabah)

14 Mei – 15 Mei 2022 | Karamunsing Exhibition Hall, Kota Kinabalu

Study In Malaysia Doha, Qatar
20 Mei – 21 Mei 2022 |Doha, Qatar
  
Myuni Education Fair 2022 (Pulau Pinang)

14 Mei – 15 Mei 2022 | Seberang Jaya, Pulau Pinang

Myuni Education Fair 2022 (Kedah)
14 Mei – 15 Mei 2022 | Alor Setar, Kedah
  
REXPO YES2Malaysia: Saudi Arabia
13 Mei-14 Mei 2022 (Jeddah) & 17 Mei – 18 Mei 2022 (Riyadh)| Consulate General Of Malaysia Jeddah & Holiday Inn Hotel Riyadh
  
REXPO YES2Malaysia: Kuwait
23 April – 24 April 2022 | Virtual: Kuwait, Jordan, Algeria, Egypt & Lebanon

Malaysian Education Fair 2022 (Pulau Pinang)
16 April – 17 April 2022 | Setia Spice Convention Centre Penang
School And Organization Visit Indonesia
1 April – 15 April 2022 | Bandung, Lombok & Jakarta
School And Organization Visit Indonesia
23 Mac – 1 April 2022 | Palu
World Education Expo Indonesia 2022
13 Mac – 15 Mac 2022 | Yogyakarta
Webinar
13 Mac – 15 Mac 2022 | Yogyakarta
REXPO YES2Malaysia: Asean
12 Mac – 13 Mac 2022 | Virtual: Brunei, Indonesia, Myanmar & Vietnam
REXPO YES2Malaysia: Qatar
11 Februari -13 Februari 2022 | Virtual: Qatar, Iran, Iraq, Yemen, & Sudan
Q STUDY : Maldives Tour 2022
21 Januari – 22 Januari 2022 | Virtual: Maldives
Lawatan Penanda Aras Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
10 November 2022

UKMShape telah menerima lawatan daripada Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pada 10 November 2022.Lawatan ini bertujuan untuk penandaarasan Program ODL UKM.

Delegasi seramai 15 orang tersebut diketuai oleh Prof. Madya Dr. Zetty Nurzuliana binti Rashed Timb. Rektor (Akademik & Pengantarabangsaan). Turut serta dalam delegasi termasuklah Dr. Sarifah binti Ismail Ketua, Bahagian Penjaminan Kualiti dan Dr. Mohd Shahrul Nizam bin Mohd Danuri Pengarah Pusat Pembelajaran KUIS serta para pensyarah dari Fakulti Syariah & Undang-undang, Fakulti Pengurusan & Muamalah dan INHAD.
Lawatan Penanda Aras Universiti Sains Malaysia (USM)
31 Oktober 2022
Lawatan Penanda Aras Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
30 September 2022