UKMShape

(Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional)

| Alumni & Kad Pelajar

terkini[26|11|2024] TATACARA PERMOHONAN KAD HILANG/ROSAK/TUKAR GAMBAR KAD MYSISWA
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Edaran Kad MySiswa kepada pelajar DPLI terpaksa dihentikan buat sementara waktu sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Penghentian edaran kad ini adalah disebabkan masalah kekurangan stok kad. Pelajar yang telah membuat temujanji sehingga 30 Ogos 2024 sahaja dibenarkan untuk mengambil kad di Kaunter UKMShape.
Segala kesulitan amatlah dikesali.
Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Adalah dimaklumkan bahawa kaunter pengambilan Kad Prihatin Siswa (KPS) akan DITUTUP sementara pada 18 Jun 2024 sempena perayaan Aidiladha.
Segala temujanji pengambilan KPS pada Tarikh berkenaan akan ditunda kepada 18 Jun 2024. Pelajar yang telah membuat temujanji pada 18 Jun 2024 dipohon untuk mengambil kad selepas 19 Jun 2024.
Segala kesulitan adalah amat dikesali.
Sekian, terima kasih.
Adalah dimaklumkan bahawa kaunter pengambilan Kad Prihatin Siswa (KPS) akan DITUTUP sementara bermula 8 – 12 April 2024 sempena perayaan Aidilfitri.
Segala temujanji pengambilan KPS pada tarikh berkenaan akan ditunda kepada 15 April 2024. Pelajar yang telah membuat temujanji pada 8-12 April 2024 dipohon untuk mengambil kad selepas 15 April 2024.
Segala kesulitan adalah amat dikesali.
Sekian, terima kasih.
Adalah dimaklumkan bahawa pengambilan Kad Prihatin Siswa (KPS) bagi Pelajar ambilan UKMSHAPE boleh diambil di kaunter UKMShape.

Pelajar diminta untuk membuat temujanji dua (2) hari sebelum pengambilan Kad KPS melalui pautan https://forms.gle/HzKdRBtPBLjcmiCW6

Pelajar juga diminta untuk membuat semakan gambar melalui system UKMCard https://ukmcard.ukm.my/ sebelum membuat temujanji.

Mohon pelajar untuk mematuhi segala arahan yang diberikan bagi memudahkan pihak kami memproses Kad KPS anda. 
Segala Kerjasama didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian harap maklum.