UKMShape

(Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional)

| Kebajikan Pelajar

Perkara ini adalah tertakluk kepada Skim Tabung Kebajikan Pelajar (STKP), UKMShape. Skim ini terpakai kepada semua pelajar UKMShape yang berdaftar dibawah program Eksekutif dan Program Berterusan Jarak Jauh (PBJJ) sahaja. Bagi pelajar UKMShape yang berdaftar dibawah program UKM International, sila rujuk SISWA-UKM untuk maklumat lanjut.
Skim ini ditubuhkan untuk menjaga kebajikan pelajar UKMShape yang menghadapi dan mendepani masalah dan musibah. Perkara-perkara yang ditanggung dibawah skim ini adalah sepertimana berikut:
Bil.Perkara
1.Kematian (Meninggal Dunia) Pelajar
2.Kematian Ibu/Bapa/Penjaga Pelajar
3.Kematian Anak Pelajar
4.Kematian Suami/Isteri Pelajar
5.Kematian Adik-Beradik Pelajar
6.Akibat Bencana Alam
7.Akibat Kecurian
8.Akibat Kemalangan
9.Rawatan Kes Kronik
10.Peralatan Perubatan

[PENTING] Mana-mana pelajar yang ingin memohon sumbangan daripada STKP, pelajar atau waris perlu mengisi borang atas talian. 

Semua maklum balas akan dimaklumkan terus kepada pelajar / waris melalui emel. Sila pastikan akaun emel yang ditulis di dalam borang permohonan adalah aktif.
Jika anda memerlukan sebarang maklumat lanjut, unit kebajikan boleh dihubungi melalui emel ukmcare@ukm.edu.my