UKMShape

(Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional)

| Peraturan Am Kewangan

Peraturan am ini dikeluarkan sebagai panduan kepada pelajar di bawah kendalian Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan Profesional (UKMSHAPE), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM):

  1. Pelajar Prasiswazah Tempatan
    1. Mod UKMi Tempatan
    2. Mod Eksekutif dan Pengajian Berterusan Jarak Jauh (PBJJ)
    3. Mod Open & Distance Learning (ODL)
  1. Pelajar Pascasiswazah Tempatan
    1. Mod Eksekutif dan Sepenuh Masa
    2. Mod Open & Distance Learning (ODL)
Peraturan ini menjadi asas rujukan bagi tujuan pelbagai isu berkaitan pembiayaan kewangan pengajian pelajar.
1.0 YURAN PENGAJIAN

1.1  Yuran yang dikenakan ke atas pelajar bagi tujuan pembiayaan sepanjang tempoh pengajian yang telah ditetapkan secara pakej yang merangkumi perkara berikut:

    1. Yuran Akademik;
    2. Yuran Peperiksaan;
    3. Bahan – bahan bacaan termasuk modul sesi pengajian; dan
    4. Bayaran – bayaran lain seperti yuran peperiksaan, fi makmal komputer dan sains serta aktiviti pelajar di fakulti dan universiti

1.2  Jumlah yuran yang dikenakan ke atas setiap pelajar adalah berbeza mengikut fakulti dan tahap pengajian yang ditawarkan. Setiap pelajar perlu merujuk kepada jadual yuran yang dikepilkan bersama dengan surat tawaran pengajian. Maklumat berkaitan yuran pengajian yang dikenakan ke atas pelajar juga boleh diakses melalui laman web rasmi UKMShape www.ukm.my/ukmshape. UKMShape berhak meminda kadar yuran pada bila-bila masa tanpa notis awal kepada pelajar. Pelajar adalah tertakluk kepada Peraturan Am Kewangan yang telah ditetapkan oleh UKMShape dan UKM.

.

1.3 Jenis- jenis yuran selain yuran pengajian yang dikenakan kepada pelajar adalah seperti berikut:

    1.  Yuran Pendaftaran
      Yuran Pendaftaran ialah yuran yang dikenakan semasa hari pendaftaran pelajar iaitu meliputi proses pendaftaran pelajar secara menyeluruh. Yuran pendaftaran berjumlah sehingga RM3,000 (mengikut program) tidak akan dipulangkan sekiranya pelajar menarik diri daripada pengajian yang ditawarkan atau tolak tawaran melebihi tempoh yang telah ditetapkan.
    2. Yuran Konvokesyen
      Yuran konvokesyen ialah yuran yang dikenakan pada semua pelajar yang berjaya menamatkan pengajian di UKM. Yuran ini dicaj pada semester akhir pelajar bergantung kepada kelulusan Senat UKM. Yuran ini perlu dibayar dan tidak bergantung kepada kehadiran pelajar pada Majlis Konvokesyen.
    3. Yuran Semester Pendek dan Yuran Tamat Awal
      Program Prasiswazah Eksekutif: Yuran pengajian semester pendek akan dicaj pada pelajar pada semester akhir pelajar dan dinaikkan sebagai yuran tamat awal.
      Program selain Prasiswazah Eksekutif: Yuran semester pendek telah dirangkum dalam yuran pengajian.

1.4 Bagi sebarang pertambahan semester dibawah semester maksimum, pelajar akan dikenakan caj sehingga RM2500 per semester. Manakala, sebarang pertambahan semester melebihi semester maksimum pelajar akan dicaj berdasarkan yuran pengajian penuh per semester. (Rujuk Jadual 4)

2.0 PILIHAN PEMBAYARAN

2.1  Yuran keseluruhan pengajian dipecahkan pembayarannya mengikut semester pengajian.

2.2 UKMShape menyediakan kemudahan kepada pelajar untuk memilih kaedah pembayaran mengikut kesesuaian bagi menampung pengajian seperti digariskan dalam Jadual 1. Pilihan pembayaran yang ditawarkan ini terpakai sepanjang tempoh pelajar menjalani pengajian di UKM. Pelajar boleh berhubung dengan Bahagian Kewangan UKMShape bagi mendapat khidmat nasihat berkaitan setiap pilihan pembayaran yang ditawarkan.

PILIHAN 1

Pembayaran yuran pengajian diselesaikan sepenuhnya sebelum mendaftar masuk sebagai pelajar UKMShape pada setiap semester.

PILIHAN 2

Pembayaran yuran pengajian dilunaskan mengikut pecahan berikut:

    1. 40% daripada yuran semester dibayar SEBELUM pendaftaran masuk pelajar pada setiap semester. Pembayaran ini perlu disempurnakan selewat-lewatnya dua (2) minggu sebelum tarikh pendaftaran pengajian;
    2. 30% daripada yuran pengajian dibayar SELEPAS pendaftaran masuk pelajar pada bulan berikutnya setiap semester; dan
    3. Baki 30% daripada yuran semester diselesaikan sepenuhnya selepas bayaran kali kedua dalam bulan berikutnya.

2.3  Pelajar yang memilih PILIHAN 2 adalah tertakluk kepada syarat berikut:

    1. Bayaran yuran per semester mesti dilakukan dalam tempoh bulan berturut; dan
    2. Sekiranya gagal melunaskan pembayaran yuran, pelajar :

-TIDAK dibenarkan mendaftar kursus semester berkenaan;

-TIDAK diberikan bahan bacaan/modul sesi pengajian; dan

-TIDAK dibenarkan menyemak atau mendapat keputusan peperiksaan akhir semester.

2.4  Yuran yang dikenakan ke atas semua pelajar adalah termasuk Yuran Komitmen berjumlah RM2,000. Yuran ini tidak akan dipulangkan sekiranya pelajar menarik diri /tolak tawaran daripada pengajian ditawarkan.

Jadual 1: Pilihan kaedah pembayaran yuran pengajian mengikut semester pengajian

PILIHANILUSTRASISEBELUM PENDAFTARANSELEPAS PENDAFTARAN
1Ambilan
Semester 1 dan 2
100% daripada yuran semesterYuran selesai
2Ambilan Semester 1 (Sept/Okt)40% daripada yuran Semester 1 pada bulan September30% pada bulan Oktober dan 30% pada bulan November berikutnya dalam tahun kalendar yang sama.
Ambilan
Semester 2 (Feb/Mac)
40% daripada yuran Semester 2 pada bulan Februari30% pada bulan Mac dan 30% pada bulan April berikutnya dalam tahun kalendar yang sama

Jadual 2: Pilihan kaedah pembayaran yuran pengajian mengikut semester pengajian

(Mod pembelajaran Open & Distance Learning (ODL))

PILIHANILUSTRASISEBELUM PENDAFTARANSELEPAS PENDAFTARAN
1Ambilan Semester 1, 2 dan 3100% daripada yuran semesterYuran selesai
2Ambilan Semester 1 (Sept)40% daripada yuran Semester 1 pada bulan September30% pada bulan Oktober dan 30% pada bulan November berikutnya dalam tahun kalendar yang sama
Ambilan
Semester 2
(Jan)
40% daripada yuran Semester
2 pada bulan Januari
30% pada bulan Feb dan 30% pada bulan Mac berikutnya dalam tahun kalendar yang sama
Ambilan Semester 3 (Mei)40% daripada yuran Semester 3 pada bulan Mei30% pada bulan Jun dan 30% pada bulan Julai berikutnya dalam tahun kalendar yang sama

 

3.0 DENDA DAN PENALTI

3.1  UKMSHAPE berhak menahan yuran pengajian yang telah dibayar sekiranya pelajar menarik diri atau menangguh / digantung sebelum tamat tempoh pengajian.

3.2  Bayaran balik yuran adalah tertakluk kepada tunggakkan baki yang belum dijelaskan oleh pelajar dengan pengiraan semula serta disahkan oleh Bahagian Kewangan UKMSHAPE.

3.3  Bayaran balik yuran pengajian bagi kes pelajar menarik diri dan kes pelajar menangguh atau digantung sebelum tamat tempoh pengajian adalah tertakluk kepada kadar yang ditentukan oleh UKMSHAPE seperti di Jadual 3.

Jadual 3: Bayaran balik yuran pengajian bagi kes pelajar menangguh ataudigantung sebelum tamat tempoh pengajian

Bil. Butiran Kadar (%)
1 Pelajar menarik diri/menangguh/digantung sebelum minggu kuliah bermula 100% daripada yuran pengajian keseluruhan untuk semester berkenaan akan dikembalikan
2 Pelajar menarik diri/menangguh/digantung dari pengajian pada minggu pertama (1) hingga minggu kedua (2) semester 70% daripada yuran pengajian keseluruhan untuk semestern berkenaan akan dikembalikan
3 Pelajar menarik diri/menangguh/digantung dari pengajian pada minggu ketiga (3) hingga minggu keenam (6) semester 50% daripada yuran pengajian keseluruhan untuk semester berkenaan
4 Pelajar menarik diri/menangguh/digantung dari pengajian selepas minggu keenam (6) semester TIADA pulangan yuran pengajian untuk semester berkenaan akan dikembalikan
4.0 BAHAN BACAAN SERTA MODUL SESI PENGAJIAN

4.1  Bahan – bahan bacaan termasuk modul semasa sesi pengajian pelajar akan dibekalkan di Kaunter Buku UKMSHAPE sebaik sahaja bermula sesi pengajian bagi setiap semester.

4.2  Bahan – bahan bacaan termasuk modul semasa sesi pengajian adalah tertakluk kepada stok semasa. Stok setiap bahan bacaan termasuk modul pengajian ini akan disimpan sepanjang sesi semester yang berkaitan sahaja. UKMSHAPE berhak menggunakan stok sedia ada untuk menggantikan bahan bacaan termasuk modul sesi pengajian yang dibekalkan kepada pelajar.

4.3  Pelajar hanya dibenarkan untuk menuntut bahan bacaan termasuk modul sesi pengajian dalam tempoh satu semester sahaja. Pelajar tidak dibenarkan untuk membuat tuntutan bahan bacaan serta modul sesi pengajian sekiranya gagal menjelaskan yuran pengajian mengikut tempoh yang ditetapkan seperti pada
perenggan 2.2(ii).

4.4  Bahan bacaan termasuk modul sesi pengajian yang dibekalkan oleh UKMSHAPE adalah bagi semua program KECUALI yang dinyatakan sebaliknya. (Tiada modul dibekalkan bagi pelajar pascasiswazah dan prasiswazah, Fakulti FSSK & FTSM).

4.5  Bahan pembelajaran kendiri (Mod ODL sahaja) dibekalkan melalui platform pembelajaran dalam talian iaitu platform Learning Management System (LMS).

5.0 PELBAGAI BAYARAN DAN KENAAN CAJ

5.1 Pelajar adalah tertakluk kepada pelbagai bayaran dan kenaan caj yang ditetapkan oleh UKMSHAPE sepanjang tempoh pengajian seperti di Jadual 4.

5.2 Pelbagai bayaran dan kenaan caj yang ditetapkan oleh UKMSHAPE dibahagikan berdasarkan keperluan semasa pelajar seperti berikut:

    1. Yuran Pengajian;
    2. Yuran pelbagai; dan
    3. Yuran – yuran lain.

Jadual 4: Penyenaraian pelbagai bayaran dan kenaan caj sepanjang tempoh pengajian

JENIS KADAR PENGAJIAN CATATAN
YURAN PENGAJIAN
Yuran Mengulang Kursus (sebab gagal atau baiki gred) RM100 per unit untuk Sarjana Muda RM200 per kredit untuk Sarjana Muda – pelajar Antarabangsa
RM200 per unit untuk Diploma Siswazah RM300 per kredit untuk Diploma Siswazah – pelajar Antarabangsa
RM300 per unit untuk Sarjana RM600 per kredit untuk Sarjana – pelajar Antarabangsa
Yuran Gugur Kursus RM50 per kursus
Yuran Menarik Diri Kursus RM100 per kursus
Yuran Mengulang Projek RM200 per unit Maksimum RM1,200
Yuran Mengulang Kertas Ilmiah/Latihan Ilmiah RM100 per unit
Yuran tambah semester di bawah semester maksimum RM1,500 (prasiawazah) RM2,000 (Pascasiswazah)
YURAN PELBAGAI
TAMAT PENGAJIAN
Yuran Konvokesyen RM180 (Prasiswazah)
RM200 (Siswazah)
CAJ MENGIKUT PERMINTAAN / SITUASI
Yuran Semak Semula Keputusan Peperiksaan RM50 per kursus
Semak semula keputusan peperiksaan lisan RM100
Rayuan Meneruskan Pengajian RM100
Peperiksaan Ulangan Khas RM25 per kursus (Prasiswazah)
RM50 per kursus (Siswazah)
Peperiksaan Gantian RM100 per kursus
Denda Tatatertib RM200 maksimum per kursus
Denda tidak membuat pendaftaran kursus (atas talian) RM50
Denda tidak membuat pengesahan pendaftaran kursus RM50
Cetakan Kedua Laporan Akademik/ Keputusan Peperiksaan/Salinan Resit Bayaran/Salinan Surat Tawaran RM5 per dokumen
Mohon gantian skrol yang hilang RM100 Urusan di Pejabat Bendahari UKM
Pelajar mohon salinan asal transkrip untuk kegunaan peribadi: -Ambil di UKMShape -Dihantar pos berdaftar (dlm negara) -RM20/transkrip -RM20/transkrip + RM10 (caj pos)
Pelajar mohon salinan asal transkrip untuk dihantar terus kepada institusi luar negara -Dihantar melalui pos berdaftar kepada institusi luar negara -RM150/pos
Cetakan Kad Matrik (hilang/rosak/tukar fakulti/salah ejaan) RM15 Kes cetakan kedua
RM50 Kes cetakan ketiga dan seterusnya
YURAN LAIN-LAIN
Yuran Memproses Borang Permohonan RM50 (Tempatan)
RM100 (Antarabangsa)
Rayuan Meneruskan Pengajian Setelah diberhentikan sebab Tidak Mendaftar RM100 + RM50/sem (Prasiswazah)
RM200 + RM50/sem (Siswazah)
Lewat menghantar notis penyerahan tesis RM30
Kadar Ulangan Peperiksaan Lisan (Ulangan Viva) RM1,000 (Sarjana)
RM1,500 (Kedoktoran)
Yuran Tambah Semester (Tesis/Penyelidikan/Disertasi) RM1,500 (Tempatan)
RM2,000 (Antarabangsa)
Yuran Tambah Semester (Kerja Kursus) Prasiswazah RM100 per unit (Tempatan)
RM150 per unit (Antarabangsa)
Yuran Tambah Semester (Kerja Kursus) Siswazah RM900 (Tempatan)
RM1,200 (Antarabangsa)
6.0 KAEDAH PEMBAYARAN YURAN

6.1  Bagi pelajar yang membiayai yuran pengajian secara persendirian

BIL. KAEDAH BUTIRAN
1 Melalui Bank Islam
  1. Kaunter Bank Islam

Bayaran yuran boleh dibuat di mana-mana kaunter pembayaran Bank Islam dengan mengisi Slip Pembayaran Bil yang disediakan di kaunter. Maklumat yang perlu dilengkapkan adalah:

i) Nama : seperti di kad pengenalan
ii) Nombor kad pengenalan : seperti di kad pengenalan
iii) Bayar kepada : Pusat Kembangan Pendidikan
iv) Jenis pembayaran : Yuran pengajian

Sila simpan salinan slip sebagai bukti pembayaran.


  1. ATM Bank Islam (Hanya pemegang akaun Bank Islam sahaja)

Bayaran yuran boleh dibuat dengan:

  1. Pilih menu>LAIN-LAIN>PEMBAYARANBIL/YURAN IPT
  2. Masukkan>NO KAD PENGENALAN PELAJAR
  3. Bil Anda>MASUKKAN AMAUN YANG HENDAK DIBAYAR
  4. Simpan resit sebagai rujukan.

  1. Perbankan Internet (Hanya pemegang akaun Bank Islam sahaja)

Bayaran boleh dibuat di www.bankislam.biz dengan cara:

  1. Klik pada BILL PRESENTMENT
  2. Payee Corporation – pilih UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  3. Pastikan no matrik yang tertera di skrin adalah sama dengan yang dinyatakan dalam surat tawaran.
  4. Masukkan AMAUN yang hendak dibayar
  5. Tekan butang BAYAR
  6. – Sila cetak transaksi sebagai bukti pembayaran.

  1. CDM Bank Islam

Bayaran boleh dibuat dengan cara:

  1. Pilih menu>LAIN-LAIN>YURAN IPT/BILLPRESENTMENT
  2. Masukkan>NO KAD PENGENALAN PELAJAR
  3. Pilih>NO. MATRIK TERKINI
  4. Sahkan butiran
  5. Masukkan>AMAUN YANG HENDAK DIBAYAR
  6. Sahkan pembayaran
  7. Simpan resit sebagai rujukan
2 Kad Kredit/ Kad Debit Pembayaran secara kad kredit hanya boleh dibuat di kaunter UKMShape pada waktu-waktu berikut (kecuali cuti umum):
Isnin – Khamis 8.15am – 12.45pm
2.00pm – 4.45pm
Jumaat 8.15am – 12.00pm
2.45pm – 4.45 pm
Sabtu & Ahad 10.00am -3.00pm
3 Cek, deraf bank dan kiriman wang
  1. Pembayaran melalui cek, deraf bank dan kiriman wang hendaklah dibuat atas nama

PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN

dan diposkan ke alamat:

Pengarah Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (UKMSHAPE), Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor.

  1. Sila tuliskan nama, nombor kad matrik dan nombor telefon pelajar dengan jelas di belakang cek/deraf/kiriman wang tersebut.
  2. Bayaran melalui cek post-dated TIDAK DIBENARKAN. Sekiranya cek ditendang di atas sebab masalah teknikal, baki bank tidak mencukupi atau sebab lain pelajar terbabit akan disenaraihitamkan.
  3. TIDAK DIBENARKAN membuat sebarangpembayaran melalui cek persendirian.
**Nota:
  1. Bagi pelajar yang mempunyai dua (2) atau lebih nombor matrik (disebabkan menyambung pengajian di UKMSHAPE atau sebelum ini belajar sepenuh masa di UKM), sila nyatakan no matrik terkini dalam slip pembayaran bil semasa membuat bayaran di Bank Islam/perbankan internet Bank Islam.
  2. Segala pembayaran melalui Bank Islam mengambil tempoh selama 3 hari waktu bekerja untuk proses kemaskini akaun pelajar.

6.2  Pelajar yang membiayai yuran pengajian secara tajaan dan pinjaman pelajaran.

BIL. KAEDAH BUTIRAN
1 Kemukakan Surat Perjanjian/Tajaan Pelajar yang mendapat kemudahan biasiswa atau pinjaman perlu mengemukakan kepada UKMSHAPE (surat perjanjian biasiswa/pinjaman) bagi memudahkan urusan tuntutan yuran pengajian oleh UKMSHAPE kepada pihak penaja atau pemberi pinjaman
**Nota:
  1. Kelewatan dalam mengemukakan surat tajaan/perjanjian pada pihak UKMShape akan menyebabkan kelewatan dalam membuat tuntutan pada pihak penaja.
  2. Pihak UKMShape akan menyekat sebarang aktiviti pelajar sekiranya pihak penaja gagal membuat pembayaran yuran pengajian pelajar.
.

6.3  Pelajar yang membiayai yuran pengajian melalui KWSP

BIL. KAEDAH BUTIRAN

1.

Pemohonan atas talian Pelajar boleh membuat permohonan pengeluaran KWSP secara atas talian di https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
7.0 SEMAKAN AKAUN PELAJAR DAN URUSAN SURAT MENYURAT

7.1  UKMSHAPE bertanggungjawab mengeluarkan resit rasmi kepada pelajar bagi setiap kali pembayaran dibuat oleh pelajar. Pelajar dikehendaki menyimpan resit asal yuran pengajian bagi tujuan rekod dan rujukan.

7.2  Pelajar dikehendaki membuat semakan status bayaran yuran atau pelbagai bayaran yang telah dibuat melalui portal rasmi e-kewangan UKM di alamat https://ekewangan.ukm.my

7.3  Sebarang urusan surat menyurat dan pertanyaan dari pelajar boleh dikemukakan kepada:

Bahagian Kewangan
Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (UKMSHAPE)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor
No. Telefon : 011-29824781 /03-8927 2109/03-8927 2108/03-8927 2110
Emel : accshape@ukm.edu.my
Facebook : https://www.facebook.com/ukmshape/
    • Setiap urusan berkaitan perlulah disertakan nama penuh dan nombor pendaftaran (matrik) pelajar apabila berurusan dengan Bahagian Kewangan UKMSHAPE.