UKMShape

(Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional)

Search
Close this search box.

Maklumat Penting Kewangan

Pemakluman Operasi Kaunter Kewangan Sempena Hari Raya Aidilfitri 1440h/2019m (Kemaskini Terakhir: 31/05/2019) terkini

 

Operasi Kaunter Kewangan pada 04 JUN 2019 (SELASA) & 10 JUN 2019 (ISNIN).

Makluman Penting:

1. Tiada sebarang penerimaan tunai, HANYA penerimaan melalui Kad Debit/ Kad Kredit SAHAJA.

2. Bagi urusan melibatkan kaunter kewangan: -

i) Urusan semakan status bayaran atau jumlah yuran boleh layari portal ekewangan di https://ekew.ukm.my/efast/login

ii) Urusan bayaran yuran pengajian boleh dibuat melalui kaunter BIMB, ATM BIMB, CDM BIMB dan Perbankan Internet BIMB. Sila rujuk Peraturan Am Kewangan di laman web PKP.

iii) Urusan KWSP adalah secara atas talian, https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

3. Segala urusan kaunter berjalan seperti biasa pada 11 JUN 2019 (SELASA).

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Terima kasih.

Pemberitahuan Gangguan Operasi Sistem Kewangan & Perakaunan Universiti (UFASt) (Kemaskini Terakhir: 26/04/2019) terkini

 

Assalamualaikum tuan/puan,

Dengan hormatnya izinkan saya merujuk kepada perkara di atas.

Adalah dimaklumkan Jabatan Bendahari dalam proses untuk mendapat sijil Pematuhan SAGA (Standard Accounting System For Govermant Agencies) bagi Sistem Kewangan & Perakaunan Universiti (UFASt). Merujuk kepada Surat Pekeliling Jabatan Akauntan Negara Malaysia SPNAM Bil. 3/2018, antara kriteria untuk mendapat sijil ini adalah UKM perlu mempunyai Pelan Pemulihan Bencana (DRP) bagi sistem aplikasi perakaunan dan kewangan dan melaksanakan simulasi ke atas pelan ini.

Sehubungan dengan ini, dimaklumkan pada 9 Mei 2019 (Khamis) simulasi ini akan dilaksanakan dan akan menyebabkan Sistem Kewangan & Perakaunan Universiti (UFASt) tidak berfungsi bermula jam 9.00 pagi sehingga 2.00 petang. 

Kaunter akan beroperasi semula pada jam 2.00 petang.

Sekian, terima kasih.

Makluman Penting Penutupan Kaunter Kewangan 30 APRIL 2019 (SELASA) (Kemaskini Terakhir: 26/04/2019) terkini

1. Semua kakitangan Bahagian Kewangan terlibat dengan Bengkel Kewangan, PKP.

2. Bagi urusan melibatkan kaunter kewangan: -

i) Urusan semakan status bayaran atau jumlah yuran boleh layari portal ekewangan.

ii) Urusan bayaran yuran pengajian boleh dibuat melalui kaunter BIMB, ATM BIMB, CDM BIMB dan Perbankan Internet BIMB.

iii) Urusan KWSP adalah secara atas talian, https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

3. Segala urusan kaunter berjalan seperti biasa pada 2 Mei 2019 (KHAMIS).

 

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Makluman Penting Yuran Pengajian Semester Pendek (Kemaskini Terakhir: 13/03/2019) terkini

Bagi pelajar yang mengikuti Semester Pendek, bermula dari sesi pengajian 2016/2017, caj yuran pengajian akan dikenakan bagi semester pendek yang pertama berdasarkan kadar yuran pengajian semester pelajar. Sehubungan dengan itu, pelajar diminta untuk menjelaskan yuran tersebut sebelum minggu peperiksaan bermula. Pelajar boleh menyemak status yuran pengajian di laman web e-kewangan.

Sekian, terima kasih.