[07/03/2018] Pertindihan Tarikh Peperiksaan Muet Sesi Julai 2018 Dengan Peperiksaan Akhir Semester 2 Sesi Akademik 2017-2018

Saudara/i

Merujuk kepada perkara di atas dan Kalendar Akademik 2017/2018, tarikh peperiksaan akhir bagi Semester 2 Sesi 2017/2018 telah dijadualkan pada 16 Julai hingga 5 Ogos 2018. Manakala tarikh Ujian Bertulis bagi MUET Sesi Julai 2018 (Sesi 2) pula pada 21 Julai 2018. Oleh itu terdapat pertindihan tarikh bagi kedua peperiksaan tersebut.

Sehubungan itu, saudara/i dinasihatkan agar TIDAK mendaftar Peperiksaan MUET Sesi Julai 2018 (Sesi 2). Sebarang permohonan untuk pertukaran tarikh peperiksaan dan menduduki Peperiksaan Gantian atas sebab menghadiri peperiksaan MUET adalah tidak dibenarkan.

Sekian, untuk makluman dan tindakan saudara/i. Terima kasih.