[12/06/2020] Penutupan Operasi Kaunter PKP Disebabkan Penutupan Sementara Bekalan Elektrik di UKM Bangi

Saudara/i,

Dimaklumkan pihak Prasarana UKM akan melaksanakan kerja fizikal yang kritikal untuk penggantian 15 Unit Switchgear Baharu di Pencawang Pengagihan Utama Kolej Dato’ Onn UKM, Bangi. Bagi tujuan pelaksanaan kerja-kerja kritikal ini, bekalan elektrik ke hampir keseluruhan kampus UKM Bangi perlu diberhentikan sepenuhnya pada 12 Jun 2020 (Jumaat) pada jam 6 petang hingga 16 Jun 2020 (Selasa) pada jam 11.50 malam.

Sehubungan itu, operasi kaunter dan pejabat PKP akan ditutup bagi memberi ruang kepada Pihak Prasarana untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan. Penutupan kaunter adalah seperti berikut:

 

Tarikh
Keterangan
13 Jun 2020 (Sabtu) & 14 Jun 2020 (Ahad)
Operasi kaunter PKP hujung minggu ditutup
15 Jun 2020 (Isnin) & 16 Jun 2020 (Selasa)
Operasi kaunter & pejabat PKP ditutup
17 Jun 2020 (Rabu)
Operasi kaunter dan pejabat PKP dibuka semula

 

Saudara/i boleh rujuk Pekeliling Jabatan Pendaftar Bil.16-2020 untuk maklumat lanjut. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Terima kasih.