[13/03/2020] Pembatalan Aktiviti Pendaftaran Pelajar Baharu Semester 2 2019/2020 Pada 14 Mac 2020

SEPERTI EDARAN

 

YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan,

PEMBATALAN AKTIVITI PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SEMESTER 2 2019/2020 PADA 14 MAC 2020

Dengan ini dimaklumkan bahawa sesi pendaftaran pelajar baharu program prasiswazah dan pasca siswazah yang sepatutnya diadakan pada 14 Mac 2020 (Sabtu) di Pusat Siswazah UKM Bangi, Pusat IPG Kota Bharu, Kolej UCSF Kota Kinabalu Sabah dan UNIMAS Kota Samarahan Sarawak adalah DIBATALKAN sepenuhnya.

2. Bagi menggantikan majlis pendaftaran berkenaan, para pelajar dikehendaki untuk membuat pendaftaran secara atas talian (online) dan mendapatkan maklumat berkenaan pembelajaran di UKM sebagaimana dalam arahan yang dilampirkan.

3. Walau bagaimanapun, pada hari tersebut aktiviti berikut akan tetap dijalankan:

  1. Sesi perkuliahan bagi Program Sarjana Pendidikan di semua pusat berlangsung sebagaimana jadual yang telah ditetapkan sehingga pemakluman selanjutnya.
  2. Ujian Bahasa Arab bagi Program Sarjana Pengajian Islam di UKM Bangi diteruskan namun diawalkan pada jam 9.00 pagi.

4. Untuk makluman pihak YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan UKM mengambil maklum akan status berkaitan wabak COVID-19. UKM mengambil keputusan untuk membatalkan pendaftaran ini kerana mengambilkira keselamatan pelajar, pegawai dan masyarakat umum. Ini selaras dengan saranan dari Kementerian Kesihatan, iaitu semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19 berlaku.

Pihak UKM memohon maaf atas segala kesulitan.  Kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amat dihargai.

 

Sekian terima kasih

 

Lampiran:

  1. Makluman Penting Pelajar Baharu Semester 2 2019
  2. Taklimat Fakulti
  3. Taklimat Sistem
  4. Taklimat Kewangan