[17/03/2020] Arahan Bekerja Dari Rumah Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan dan Penutupan Premis Kerajaan Mulai 18 – 31 Mac 2020: Pusat Kembangan Pendidikan
Assalamualaikum Tuan/Puan,
ARAHAN BEKERJA DARI RUMAH BERIKUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DAN PENUTUPAN PREMIS KERAJAAN
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Merujuk kepada Pekeliling Naib Canselor Bil. 1/2020 Covid-19: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Mulai 18 Mac Hingga 31 Mac 2020 Di Universiti Kebangsaan Malaysia, dan Perutusan Khas YAB Perdana Menteri pada 16 Mac 2020 mengenai COVID-19, semua pegawai adalah diarah untuk bekerja daripada rumah. Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan boleh menentukan perkhidmatan penting (essential services) di Kementerian/Jabatan masing-masing dan mengarahkan pegawai yang terlibat untuk hadir bertugas di pejabat.
3. Bagi pegawai yang diarah untuk bekerja dari rumah, perkara-perkara berikut hendaklah dipatuhi:
a) sentiasa berada di rumah dalam tempoh waktu pejabat/bekerja yang ditetapkan oleh Kerajaan.
b) sentiasa bersedia sekiranya diarah oleh Ketua Jabatan untuk hadir ke pejabata atau mana-mana lokasi lain; dan
c) memastikan sentiasa boleh dihubungi dalam tempoh waktu bekerja.
4. Tindakan tatatertib boleh diambil terhadap pegawai yang gagal mematuhi perkara-perkara yang dinyatakan di para 3 melainkan mendapat kebenaran Ketua Jabatan. Pegawai adalah tertakluk kepada Peratura-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan peraturan-peraturan lain yang dikeluarkan dari masa ke semasa yang mana bersesuaian.
5. Sehubungan Pekeliling Naib Canselor Bil. 1/2020 tersebut, PKP juga dengan ini melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac sehingga 31 Mac 2020 sepenuhnya.
Sekian untuk makluman dan perhatian Warga PKP selanjutnya. Terima kasih.
—
PROF. DR. NORHAMIDI MUHAMAD
Pengarah | Director
Pusat Kembangan Pendidikan | Centre for Educational Extension
Universiti Kebangsaan Malaysia |National University of Malaysia
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan