[18/03/2020] Pemakluman Penting: Pemberhentian Pelaksanaan Aktiviti P&P secara atas talian

Perhatian kepada semua pelajar,

Pekeliling Naib Canselor UKM Bil 1/2020 (Rujukan: UKM.PNC.100-1/3/1) berkaitan Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran (P&P) secara atas talian adalah dirujuk. Dengan ini adalah dimaklumkan bahawa pelaksanaan aktiviti (P & P) secara atas talian adalah dihentikan mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020.

Sehubungan itu, pihak PKP juga telah mengambil keputusan yang sama iaitu menghentikan P&P secara atas talian melibatkan semua mod pengajian yang ditawarkan pada Semester II, Sesi 2019/2020.

Justeru, mohon semua pelajar untuk mendapatkan maklumat terkini di laman web PKP (www.ukm.my/ukmshape), di facebook (pkpukm), twitter (pkpukm) dan Instagram (@pkpukminsta) dari masa ke semasa.

Kerjasama dan perhatian anda dalam perkara ini sangat dihargai.

Terima kasih