[1/11/2018] Makluman gangguan trafik bagi acara MFPC/UKM “Financial Freedom Run”

Saudara/i,

Dimaklumkan bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Malaysian Financial Planning Council (MFPC) akan menganjurkan Financial Freedom Run pada 04 November 2018 (Ahad) di antara 6.00 sehingga 11.00 pagi di UKM Bangi.

Sehubungan dengan itu , dimaklumkan akan terdapat sedikit gangguan akibat trafik di sepanjang laluan seperti berikut :

– Pusat Kesihatan Pelajar
– Pusat Kembangan Pendidikan
– Unit Kenderaan
– Pusat Permata Pintar
– Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
– Fakulti Pendidikan
– Perumahan Kakitangan Bukit Puteri
– Kompleks Rumah Tumbuhan
– DECTAR

Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

 

Terima kasih.