[20/03/2020] Makluman Penting Covid-19: Perubahan Tarikh Sesi Akademik 2019-2020 PKP UKM (Pindaan Tarikh Perkuliahan Semester II Sesi 2019-2020) Program Prasiswazah dan Pascasiswazah Eksekutif dan PBJJ (Kecuali FTSM, FUU dan FKAB Yang Menggunakan Kalendar Sepenuh Masa UKM)

Semua Pelajar Prasiswazah dan Pascasiswazah,

 

Dimaklumkan terdapat pindaan tarikh sesi perkuliahan semester 2 sesi 2019/2020 ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 hingga 31 Mac 2020. Sila rujuk Kalendar Akademik 2019/2020 dan tarikh penting pelajar yang terkini serta makluman edaran bahan bacaan/modul Semester 2 Sesi Akademik 2019-2020 di pusat kuliah masing-masing.

 

Sekian, terima kasih di atas kerjasama saudara/i.